24 August 2006

Pertembungan -- bukan Islam yg faham Islam vs Islam yg tak faham Islam

Sheikh Yousuf Al-Qaradhawi: The Islamic Nation's Problem is That Muslims Do Not Work. The Zionist Gang Has Turned the Desert into an Oasis

The following are excerpts from a friday sermon on Qatar TV by Sheik Yousuf Al-Qaradhawi

Dr. Yousuf Al-Qaradhawi: We use trains and planes, but they are not our trains or planes. The (Westerners) manufacture them and export them to us. True, we can buy the most magnificent things in the world products for our homes and for ourselves. Our people can buy the most luxurious cars, Rolls-Royce or Mercedes 500 or 700, models S, M, and L with all the luxuries. We own them, but we don't manufacture them. We don't even produce a single nail in any of these cars. Others do this for us.
The income of the entire Arab world, including the oil-producing countries, does not reach than that of a European country, such as Spain. Spain – let alone Germany, France, Britain, or Italy. Just Spain, which is at the bottom of the list of industrial countries... The income of the entire Arab world does not reach it. How come? Because we don't work, and if we do work, we don't do it professionally.
They conducted a survey of the average time that a government employee spends working in a certain Arab country. The average was 27 minutes a day. 27 minutes! The rest of the time he drinks coffee, reads newspapers, and goes on errands here and there. Only a small number of people work. The rest do not.
In the mid 1970s I went to Germany. We arrived in the morning. I asked the guy who took me from the airport to the convention hall… As I was passing through the empty streets, I asked him how could the streets were not busy, like in our countries. He said: "People are at work." After 7 p.m. he took me back to the hotel, and the streets were empty. I said to him: "What's going on, the streets are empty again." He said: people are back home from work, and they are exhausted. All they want is to eat their dinner, watch the news, and then go to bed, because early next morning they have to wake up for hard work. They commute more than an hour to work and back, and spend an hour at lunch. They work non-stop.
We are a nation that doesn't work. How can we develop if we don't work? When we do work, we don't do it professionally. We keep saying "Don't worry, later, later…" Islam teaches us to do things professionally. Doing things professionally is a religious duty. The Prophet said that Allah ordered to excel in everything. He imposed excellence and professionalism. Professionalism must be followed in everything. "If you kill, do it properly, and if you slaughter, do it properly." Even when killing, you must do well.
Unfortunately, we do not excel in either military or civil industries. We import everything from needles to missiles. This is our nation. We still haven't manufactured an engine in our Arab countries. We assemble parts, but have no manufacturing industries. India has manufactured a car, and even a plane, while we still go around in circles like a bull in who turns a grinding mill or a water weal until it reaches exactly where it started.
How come the Zionist gang has managed to be superior to us, despite being so few? It has become superior through knowledge, through technology, and through strength. It has become superior to us through work. We had the desert before our eyes but we didn't do anything with it. When they took over, they turned it into a green oasis. How can a nation that does not work progress? How can it grow?

~umat melolong di gelap kelam..tiada pelita penyinar terang..penunjuk jalan kini membungkam..lalu kapankah fajar kan datang?? AYUH BEKERJA DENGAN BERSUNGGUH-SUNGGUH UMMAHKU! Sesungguhnya Allah tak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka mengubahnya sendiri..(13:11)~

21 August 2006

Ku gagahi jua..

Ismaweb: Hari Khamis (24/3/06) yang lepas saya menghantar seorang Sheikh yang berasal dari Iraq ke Lapangan Terbang KLIA. Beliau adalah kenalan lama saya ingin pulang setelah seminggu bercuti di negara ini. Sebenarnya banyak juga isu yang hendak saya bincangkan dengan beliau ketika dalam perjalanan, tetapi cerita mengenai kesukaran perjalanannya telah membuatkan saya terdiam.
Menurut beliau usianya kini telah mencecah awal tujuh puluhan, wajahnya memang kelihatan sudah berumur dan gerak gerinya pun mempamerkan kenyataan yang sama. Tetapi sepanjang bersama tidak pula saya mendengar beliau mengadu keletihan atau mengeluh kepenatan. Yang muda mungkin isterinya yang berusia tidak sampai empat puluh tahun.
Perasaan ingin tahu mendorong saya bertanyakan tentang hal perjalanan pulangnya memandangkan Iraq masih dalam suasana perang. Soalan saya ringkas adakah perjalanannya akan terus ke Syria atau Jordan? Beliau dengan bersahaja menjawab tidak! Lantas menerangkan dari Kuala Lumpur beliau ke Dubai untuk transit selama dua jam dan seterusnya menyambung perjalanan ke Syria. Dari Syria beliau akan menaiki kereta selama dua belas (12) jam untuk sampai ke Baghdad.
Dalam perkiraan saya perjalanan tersebut mengambil masa hampir satu hari satu malam untuk tiba ke destinasi. Dalam hati saya merasakan bahawa perjalanan ini memang panjang. Beliau tersenyum melihat raut muka saya yang kehairanan sambil berkata, "lama juga".
Menerjah pertanyaan dalam fikiran saya, apakah kekuatan yang dimiliki oleh beliau yang diusia setua ini sehingga sanggup meredah perjalanan sesukar itu tanpa mengeluh atau merungut. Saya rasa amat tersindir apabila mengenangkan diri yang masih muda tetapi tidak sanggup keluar berkerja untuk dakwah walau hanya untuk beberapa puluh atau ratus batu sahaja. Terlalu banyak "demand" dan alasan yang menerpa.
Saya pada mulanya tidak begitu memahami betapa besar pengorbanan yang perlu ditempuhi untuk satu perjalanan apatah lagi apabila beliau mengatakan dengan bersemangat bahawa pada bulan hadapan sekiranya keadaan mengizinkan beliau akan datang lagi ke sini.
Enggan membiarkan teka-teki yang bermain di fikiran saya lebih lama, beliau menceritakan tujuan kedatangannya ke sini. Katanya, keadaan di Iraq sekarang amat sukar; perang saudara sedang memuncak, di sana-sini berlaku letupan bom, serang hendap tidak mengira masa, tiada kemudahan asas, bekalan elektrik yang sering terputus, generator yang mengeluarkan bunyi bising, semua itu menganggu tumpuan beliau untuk menulis. Beliau merancang untuk tinggal di Malaysia pada masa akan datang supaya dapat menyiapkan kerja-kerja penulisan yang sedang beliau usahakan sekarang dalam suasana aman. Kata-kata beliau mengingatkan saya betapa nikmatnya berada di negara kita yang aman ini.
Beliau secara tiba-tiba menamatkan ceritanya mengenai Iraq seraya meminta saya mencarikan orang untuk membantu menulis atau menterjemah artikel mengenai realiti yang berlaku di Iraq untuk disiarkan dalam laman web Iraq berbahasa Melayu sebagai wadah untuk menyampaikan situasi sebenar di Iraq kepada masyarakat Malaysia. Saya menyatakan ketidaksanggupan sambil menerangkan kepada beliau bahawa laman web saya pun tidak diisi dengan baik kerana kekurangan tenaga. Saudara-saudara yang lain juga sibuk, setiap malam ada program. Saya sebenarnya tidak begitu yakin dengan jawapan saya. Saya tahu silap haribulan jawapan itu boleh berbalik kepada saya.
Seperti yang dijangka, beliau seakan-akan meminta penjelasan tambahan, "Alasan apakah yang kamu berikan itu….? Ditempat lain pun sama sahaja. Mereka juga berkerja, siang malam berprogram, tetapi mereka masih sempat menulis dan masih boleh membahagikan masa untuk isu umat Islam". Tambah beliau lagi, "Apatah lagi keadaan kamu di sini aman, mempunyai kelengkapan yang mencukupi, apa lagi yang diperlukan? Sama ada kamu pemalas atau tidak memiliki himmah yang tinggi." Saya malu dan tidak menjawab apa-apa. Apakah yang lebih benar? Alasan yang saudara-saudara saya beri, atau hakikat yang beliau singkapkan.
Dalam perjalanan pulang saya merenung jauh akan kata-katanya. Saya berfikir bersendirian, kalaulah saya mempunyai kesungguhan yang beliau miliki, ketahanan yang sepertinya (walaupun saya jauh lebih muda) dan himmah seperti yang beliau katakan; mungkinkah saya tidak akan menghadapi masalah kesuntukan masa seperti sekarang, dan dengan nikmat keamanan dan kelengkapan yang dimiliki, mungkinkah saya boleh memacu amal dengan lebih hebat iaitu sepuluh kali ganda dari yang ada sekarang ??????.
http://www.dakwah.info/v2/?p=26

~kisah ini bukan kisah saya. tapi kisah ini ada jawapan mengapa blog ini masih bernafas. selepas entri pengenalan terdetik di hati saya utk menguburkan sahaja blog ini. kerna pertama saya tidaklah pandai berkata-kata. dan keduanya saya jugak tidak mempunyai banyak masa. takut blog ini nanti mati segan hidup tak mahu. biarlah bersungguh-sungguh dlm membuat sesuatu. namun persoalan syeikh di atas terus menusuk ke pangkal hati saya, 'sama ada kamu pemalas atau tidak mempunyai himmah yg tinggi?'. saya terpana. dan kemudiannya bertekad utk terus menyuburkan blog ini. biarlah tidak banyak, sedikit pun sudah memadai jika mampu memberi manfaat pada pengunjungnya. kerna kita tidak tahu di mana dan bilakah titik kesedaran seseorang itu. tiada lagi alasan. semoga 'merelaitikan hakikat penciptaan diri' ini terus terusan dibajai dan disirami. bukannya dgn idea2 atau pandangan2 saya. tetapi dgn apa2 jua berlandaskan neraca yg Haq. dan semoga dgn wasilah ini juga membolehkan saya lebih banyak menghadam apa yang saya perolehi. wallahu'alam~

07 August 2006

Ahlan wasahlan..


Saya tidak pandai menulis, juga berkata-kata. Cuma ntah mengapa pagi ini digerakkan hati olehNya utk mencuba-cuba. kelahiran yang baru. seiring dgn diri yang saya rasa bagai baru dilahirkan. masih baru sangat. masih lagi merah. masih jauh drpd mengenal Rabbnya, apatah lagi diri sendiri. semoga yg baru lahir ini akan diwarnai dgn warna-warna suci.corak-corak bersih. bukannya dilakari, diconteng sesuka hati. berdasarkan neraca yang bukan Haq.
Semoga semuanya lillahi ta'ala. semoga terus dibimbingNya. dipimpinNya. disinariNya. semoga senantiasa dalam rahmat dan redhaNya. insyaAllah
.