15 January 2008

adelaide di hati

Sebak bercampur debar. Bumi yang subur bakal saya tinggalkan. Sebak mengenangkan pelbagai pengalaman suka duka yang telah saya harungi di sini. Debar memikirkan apa yang mampu saya beri sekembali ke tanah air tercinta.

Tidak mahu terlalu memikirkan, kerana itu hanya mengundang tangisan yang sukar untuk saya tafsirkan. Saya selalu mahu memandang jauh ke hadapan walaupun masih kabur apa yang terbentang. Namun sesekali harus juga saya menoleh ke belakang, salah silap lalu dibuat sempadan, yang baik dibuat pedoman….

Ya Allah, hidayahkanlah diri ini….Ameen ya Rabbal ‘Alamin.