27 February 2008

My first job!=)

Sekembali ke Malaysia, saya kelelahan. Tidak sampai seminggu duduk di rumah, panggilan interview kerja pertama saya terima, dengan agensi MKM. Dan tidak sampai seminggu kemudiannya, saya ditawarkan untuk bekerja di situ. Walaupun jawatan sambilan, saya tidak banyak berfikir lantas menerima tawaran tersebut. Konon2nya aim pertama bila sampai di Msia ialah untuk dapat kerja secepat mungkin, pastu boleh beli kereta, insyaAllah lebih mudah untuk bergerak;) Lagipun ramai mengatakan graduan bidang perakaunan sukar mendapat kerja pada masa ini. Hari pertama melapor diri, saya terus dikehendaki menghadiri mesyuarat jabatan. Seperti biasa, saya memperkenalkan diri, berbahasa Melayu (tak tahu yg mesyuarat dikendalikan dlm bahasa Inggeris!). Bila staff lain memperkenalkan diri dlm B.Inggeris, baru saya tahu yg mesyuarat dikendalikan dalam bahasa Inggeris, atas arahan ketua jabatan, walaupun tidak berapa dipersetujui oleh kakitangan yang lain. Satu-satu perkataan keluar dari mulut bakal office mate saya..ada yang terlalu menyusun butir bicara takut tersalah penggunaan kata Inggerisnya. Dalam mesyuarat, saya lebih banyak diam. Maklumlah, baru beberapa jam secara rasminya menjadi kakitangan MKM. Masih blur tentang apa yg dibincangkan. Cuba untuk memahami sebaik mungkin. Kadang mencelah juga untuk bertanya supaya tidak terlalu ketinggalan. Yang pasti, tugasan hari pertama saya ialah mengedit minit mesyuarat lepas, membetulkan grammar dan penggunaan kata yang telah disediakan oleh seorang office mate ni. Seingat saya , kerja2 yg berkaitan dengan penggunaan bahasa Inggeris semuanya perlu diserahkan kepada saya untuk disemak sebelum dihantar kepada ketua jabatan. Waduhhh2…seperti aku ini lulusan pengajian bahasa Inggeris ya! Tetapi saya tidak kisah..cuba buat yang terbaik..membantu mana yang boleh. Kadang-kadang takut juga jika apa yang saya betulkan itu pun salah..huhu..Tetapi Alhamdulillah kerja-kerja yang disemak tidak banyak salahnya bila dihantar kepada ketua jabatan. Office mate yg lain gembira apabila ketua jabatan memuji kerja mereka tak banyak salah kali ini, lantas terus meng’sms’ kepada saya mengucapkan terima kasih di atas bantuan yang saya berikan. Terharu. Saya balas, tiada apa sebenarnya yang saya buat..sekadar membantu berdasarkan kemampuan yang dikurniakan Allah.

Tika merenung kembali, bermuhasabah tentang diri, saya seolah takut dengan bayangan sendiri. Terlalu tinggi expectation environment sekeliling terhadap insan kerdil seperti saya. Terlalu tinggi penghormatan yang mereka berikan kepada insan lemah seperti saya. Terkedu. Jika hanya dengan penguasaan Bahasa Inggeris yang sedikit baik daripada mereka boleh membuatkan saya dikenali dan dihormati dengan mudah, apatah lagi jika kita memiliki kualiti agama yang lebih daripada mereka?.Kerana kualiti agama merangkumi kualiti segenap segi kehidupan..berpersonaliti unggul, berakhlak menawan, berfikiran tajam, ringan hati membantu insan sekeliling..sebutlah apa sahaja..semuanya dirangkumi agama, kerana agama adalah cara hidup yang patut kita hidupkan dalam kehidupan seharian.

Seharusnya, ini yang perlu saya tonjolkan. Mereka memuji awk bagus dalam itu dan ini. Tetapi saya ingin mereka tahu yang saya bagus dalam itu dan ini kerana itu adalah tuntuan kehidupan saya, tuntuan dalam agama saya…

Wallahu’alam. Semoga diri ini terus istiqamah untuk cuba memberi yang terbaik. InsyaAllah.


MKM Petaling Jaya

No comments: