13 September 2007

oowh kite dah besar rupanya...^_^

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, dapat meluahkan apa yg terbuku di hati
setelah di simpan beberapa lama
Walau dalam kesempitan kerana sistem perhubungan negara sane yg tak efficient heheh(",)

Maaf andai ada bicara yg mengguris perasaan
Ku niatkan li llahi ta'ala insyaAllah

Ku cuma mahukan yg terbaik untuk semua
Ku mahukan bahagia untuk semua
Kerana ku kasih pada semua
Dan ku doakan moga kasih ini berpanjangan hingga ke syurga sana

Ameen.


Adelaide
2 Ramadhan 1428
6.50am

29 August 2007

Resistance

Time is short. If we do not change the world now, there may be no 22nd century. Capitalism has destroyed the ecological equilibrium of the earth. It is now or never!" Hugo Chavez @ WSF in Caracas "un mundo mejor es posible, si es socialista"

Terpana saya seketika. Kata2 ini terpapar dlm kotak inbox email sy pagi ini. Dihantar oleh Resistance Yahoo Group yg saya mulai subscribe thn lepas. Resistance juga baru saya kenal tahun lepas, ekoran bencana perang Israel ke atas Lebanon lewat tahun 2006, kumpulan Resistance ini bangkit mengadakan demonstrasi dan bantahan2 secara aman menentang keganasan yg tidak bertanggugjawab itu. Mereka menyebarkan flier2 di uni, membuka gerai kecil menjual batch2 comel yg memperjuangkan keadilan dan kebebasan di depan Barr Smith Library. Saya amat tertarik dengan tindakan2 mereka ketika itu. Mereka menyediakan flier2, menulis artikel menentang kekejaman Yahudi laknatullah sekaligus mempertahankan rakyat Lebanon malah Palestin juga yg dihentam sesuka hati. Mereka bangkit menyedarkan insan2 di sekeliling tentang perang yg tidak pernah mendatangkan keadilan. Mereka tidak mahu lebih ramai insan2 yg tidak berdosa menjadi mangsa. Mereka tidak mahu senjata2 pemusnah, dan bom2 nuklear pemusnah kehidupan manusia digunakan sesuka hati. Di atas prinsip kemanusiaan, mereka berjuang untuk menegakkan keadilan di muka bumi ini tidak kira siapa pun yg ditindas ketika itu. Mereka bangun menyuarakan ketidakpuasan hati mereka di atas penindasan ke atas org Muslim pada ketika semua org2 Muslim dan 'negara2 Islam' lain menyepi seribu bahasa. Walaupun mereka bukanlah org yg bersaksikan bahawa Tuhan itu satu, dan Muhammad itu pesuruh Allah..


"When Injustice becomes law resistance becomes duty"
Get active in Australia's Socialist Youth Organisation.

"The aims of Resistance are to help bring into being a socially equal, democratic and ecologically sustainable world, and to organise, educate and mobilise young people to this end." Taken from the Resistance constitution.

Itu mereka. Itu cara mereka sekurang-kurangnya. Mereka juga punya keluarga, pelajar universiti seperti kita, punya cita2 seperti kita, tapi masih sempat untuk memikirkan dan bertindak di atas setiap permasalahan dan ketidakadilan dunia. Walaupun di atas dasar kemanusiaan.

Tetapi kita? Di manakah kita? Dimanakah kita saat saudara seakidah kita dilanyak-lanyak musuh sepanjang zaman? Bukan anda sahaja. Malah saya sendiri seharusnya rasa malu dengan perangai sendiri. Bukan shj tidak menghayati kalam Allah yg menyuruh kita berkorban jiwa raga demi untuk menyelamatkan ummat malahan kadang2 tidak tahu pun atau malas untuk mengambil tahu tentang kejadian2 yg menghimpit saudara2 seIslam.

Saya menyeru diri ini, dan anda semua. Malulah. Malulah dgn saudara2 seakidah kita yg begitu teguh memperjuangkan akidah ini ibarat mereka mewakili satu umat. Malulah dengan mereka yg tidak menggelarkan diri Muslim tetapi ambil tahu dan bertindak untuk mempertahankan kebanaran. Dan yg terutamanya malulah dgn Allah swt yg pd Dia kita akan dikembalikan dan ditanya amalan kita..

Malunya aku pdMu ya Allah..moga diri ini terus sedar dari lena yg nyenyak..sedar akan sebuah tanggungjwb yg terpikul bila diri mengaku Muslim..

28 August 2007

SEMPENA MERDEKA..(II)

Remaja berjiwa MERDEKA..

PADA saat rakyat seluruh negara membilang hari menjelang sambutan kemerdekaan yang ke-50 pada akhir bulan ini, ramai remaja masih tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan dengan jiwa remaja merdeka. Lahir pasca merdeka terutama menyebabkan mereka hanya mendengar kisah kemerdekaan daripada generasi emas atau berusaha memahaminya menerusi rakaman yang masih tersimpan.Sesungguhnya tidak. Mengapa? Kerana erti sebenar jiwa merdeka lebih daripada itu! Mengetahui erti sebenar jiwa merdeka serta batasnya, dan memahami nilainya yang sebenar boleh memberikan kita kesedaran betapa penting dan berharganya aset ini. Kefahaman ini memandu kita dengan jelas dan selamat agar tidak melangkaui sempadan kemerdekaan diberikan kepada kita.

Dalam konteks ini, jiwa remaja yang merdeka dapat difahami berdasarkan lima asas penting.

1. jiwa remaja yang merdeka kenal jati dirinya

Jiwa remaja yang merdeka memahami dari mana dirinya datang, mengapa dirinya diciptakan dan ke mana dirinya akan kembali. Kefahaman ini bukan sekadar maklumat pengetahuan yang dihafal daripada buku, tetapi dihayati dan dijelmakan dalam kehidupan seharian.
Contoh remaja yang berjiwa merdeka sangat jelas pada zaman Rasulullah. Remaja seperti Ali bin Abi Talib serta Aisyah binti Abu Bakar faham mereka diciptakan Allah dan akan kembali semula kepada-Nya.

Mereka juga mengerti dengan sebenar-benarnya hidup di dunia yang singkat ini harus digunakan untuk menjadi hamba yang taat kepada Allah dan berusaha mengembalikan dunia dalam ketaatan kepada hakimiyah Allah .

Remaja berjiwa merdeka juga tidak pernah ketinggalan daripada memahami sejarah dan mengambil pengajaran daripadanya.

Mereka berusaha menekuni iktibar daripada kegemilangan dan keruntuhan tamadun manusia sepanjang sejarah. Mereka memahami bahawa sepanjang sejarah manusia, kebenaran tidak akan pernah lapuk ditelan zaman. Kebenaran akan tetap menang dan menyerlah! Dengan kefahaman inilah, mereka benar-benar kenal siapa diri dan betapa tingginya nilai diri mereka apabila menjadi remaja berusaha memenuhi tujuan hidup.

2. Berbekalkan kefahaman jati diri sebenar, jiwa remaja merdeka akan memperoleh lebih kekuatan daripada kemerdekaannya kerana dia memahami dirinya hanya perlu tunduk kepada Penciptanya. Dasar hidupnya adalah dua kalimah syahadah yang difahami implikasinya dengan sepenuh jiwanya.

Tuntutan kalimah syahadah akan memberikan lonjakan hebat yang mampu menolak segala kesetiaan dan ketaatan kepada selain dari-Nya.

Walaupun 50 tahun Malaysia merdeka, remaja menemui kemerdekaan jiwa mampu membawa dirinya keluar daripada belenggu ketaatan kepada makhluk menuju kesetiaan hanya kepada Pencipta. Hidup dan matinya, seluruhnya diasaskan secara jelas kepada paksi ini. Seluruh denyutan nadi dan degup jantungnya berlaku dengan kesedaran bahawa inilah erti kemerdekaan sebenar!

3. Jiwa merdeka juga yakin dengan kewujudan dan kebenaran hari pembalasan. Remaja berjiwa merdeka memahami bahawa kematian itu pasti.

Setiap yang hidup pasti akan menemui kematian dan hanya Allah yang mengetahui bilakah ajal setiap makhluk-Nya. Firman Allah: “Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, sekalipun kamu berada di dalam benteng yang tinggi lagi kukuh….” (An-Nisa’: 78).
Bertitik tolak daripada kepercayaan yang kuat inilah, remaja berjiwa merdeka sentiasa memperhatikan tingkah lakunya agar menjadi modal paling strategik untuk manfaat kehidupan selepas mati. Jika terjatuh dalam lubang kealpaan dan kelalaian, remaja berjiwa merdeka akan bangkit kembali menebus kesalahannya dan tidak akan mengulanginya.

4. Kesannya, lahir remaja merdeka yang sentiasa berlumba-lumba untuk menjadikan seluruh hidupnya bermakna. Tidak ada satu detik pun yang akan diizin untuk dibazirkan ke jalan tidak berguna.

Begitulah hebatnya jiwa remaja yang merdeka. Mereka menyedari bahawa hidup di dunia ini hanya sekali, maka sebaik-baiknya mereka harus hidup dengan penuh erti.
Apabila dipanggil kembali, remaja berjiwa merdeka tersenyum bangga membawa bekal bersinar untuk dipersembahkan kepada Tuhannya. Firman Allah: “Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredai-Nya. Masuklah ke dalam barisan hamba-Ku. Dan masuklah ke dalam syurga-Ku” (Al-Fajr: 27-30).

Mereka puas kerana memanfaatkan anugerah kehidupan di dunia sebagai manusia yang menjalankan amanahnya, bukan robot yang sekadar mengulangi rutin kehidupannya tanpa mengetahui tujuan hidupnya.
Remaja berjiwa merdeka sedar dan faham bahawa berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran bukanlah tujuan akhir hidupnya.
Mereka tidak terperangkap dalam kerugian menagih seluruh masa mereka hanya untuk mengisi maklumat di minda dan mendapatkan makanan untuk survival fizikal.
Mereka tidak akan membiarkan hati kecut dan gersang kerana perangkap ini. Mereka tidak akan tertekan dengan himpitan beban pelajaran, tetapi rasa bertanggungjawab untuk menimba ilmu sebanyak mungkin untuk memajukan diri dan ummah.

5. Jiwa remaja merdeka adalah jiwa sentiasa memperjuangkan kebenaran. Kisah interaksi manusia dan kebenaran sepanjang sejarah membentangkan kepada kita pelbagai jenis episod. Ada yang untung dan ada rugi.

Remaja berjiwa merdeka termasuk dalam golongan mereka yang untung. Mengapa? Kerana jiwa merdeka sentiasa mencari kebenaran, tidak menolaknya, berusaha memperjuangkannya dan menyokongnya dengan sepenuh jiwa dan sepanjang hayatnya.
Hidup dan mati dengan asas kebenaran itu adalah tanggungjawab. Ia bukan pilihan, tapi ia anugerah. Yang pentingnya merdeka pada jiwa dan bukan hanya pada fizikal.
Pernahkah kita terfikir mengapa ikan hidup di laut yang masin tidak terasa masin, tetapi ikan masin yang disaluti garam terasa sangat masin? Kerana bezanya ikan di laut hidup, tetapi ikan masin mati.

Begitulah jiwa manusia. Jiwa yang hidup tidak akan terpengaruh dengan anasir buruk yang sentiasa cuba untuk dipengaruhi tetapi jiwa mati mudah sekali terjebak dengan apa juga anasir buruk yang datang kepadanya.
Semoga kemerdekaan kita terus berkekalan sebagai umat yang salih dan diredai Allah . Kita isi makna kemerdekaan negara dengan akhlak terpuji, bukan merosakkan erti kemerdekaan itu sendiri.

Oleh Maryam Jailani
from http://www.mykonsis.org/v1/?p=72

24 August 2007

RIJAL TELAH HILANGGG!!


Setiap hari bingkisan dari syurga tiba

Mengulangi tentang rindunya pada kuntuman rijal

Mengapa kuntum mekar tidak lagi menghiasi taman?

Di dunia kelopak demi kelopak layu berguguran

Dimamah deretan anai-anai tribulasi zaman

Setiap dekad belum lagi menjadi piala perjuangan

Sebaliknya menjadi takungan air mata

Yang mengalir di pipi perlahan melihat satu demi satu

Bolos pada jaring-jaring robek dimakan tikus

Lukah yang ditanam selama ini tidak lagi seperti semalam

Jerat yang dipasang juga tidak bingkas

Setiap kali pulang hanya diburu kesepian

Di tengah hiruk pikuk mertua dan anak-anak

Dunia semakin tenat

Tetapi sepatu rijal belum lagi kedengaran

Pulang membawa pesanan yang dikirim

Umat masih tertinggung di tangga

Dengan dua tangan bertupang dagu

Mengintai andainya kelihatan

Langkah pulang seorang rijal

Taman syurga semakin riuh dengan bisikan malaikat

Bisikan ingin tahu yang sungguh-sungguh

Siapakah tetamu syurga esok hari

Kerana hari ini dunia mengiklankan kehilangannya

Di sana-sini pada dinding dan tembok tembok

Terpampang pemidang jelas

Bagi siapa yang melintasi dan menatapinya


from www.senikehidupan.com

23 August 2007

SEMPENA MERDEKA..(I)

KEMERDEKAAN : Antara Nilaian Bumi dengan Langit

Di ketika kita semua dalam suasana gembira untuk menyambut ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-50, pernahkah kita terfikir, apakah erti sebenar kemerdekaan? Adakah diri kita ini benar-benar telah merdeka atau sebaliknya?

Dari penilaian bumi, sudah pasti kemerdekaan itu membawa erti membebaskan diri dari belenggu penjajahan semaada dari segi mental maupun fizikal. Kemerdekaan juga membawa erti membenarkan manusia mentadbir hidup mereka mengikut kemahuan mereka sendiri dan menghadapi semua masalah tanpa mengharapkan pertolongan orang lain atau jatidiri. Ini akan memberikan ruang untuk manusia mula berfikir dan berusaha sendiri bagi memastikan survival kehidupan mereka.

Nah, setelah melihat penafsiran kemerdekaan dari nilaian manusia, saya yakin kita berbangga dengan apa yang telah di capai oleh negara hingga ke hari ini. Kenyataan saya ini bukanlah mengangkat bakul sendiri tetapi hasil kenyataan masyarakat antarabangsa yang mengakui kehebatan Malaysia.

Namun apabila kita mengambil dari nilaian langit, maka kita akan dapati masih banyak berlaku kepincangan di kalangan umat islam malah tidak berlebihan kalau saya katakan ia juga melanda di kalangan orang-orang yang diistilahkan sebagai ”pendakwah”. Ini kerana Islam menafsirkan kemerdekaan bukan saja pembebasan fizikal dan fikiran tetapi yang lebih penting pembebasan jiwa. Ertinya seseorang itu bukan saja bebas untuk berjalan atau berfikir tetapi bebas dari keterikatan jiwa terhadap faktor duniawi. Mari kita renung apa yang di katakan oleh Abul Qasim Al-Junaidi rahimahullah yang menafsirkan kemerdekaan ini sebagai ”merdeka dari yang semua selain Allah”. Dalam rangkap lain beliau mengatakan ”Sesungguhnya kamu tidak akan sampai kepada kebebasan (kemerdekaan) yang nyata sedangkan pada dirimu terdapat sisa-sisa yang menghambat dirimu untuk sampai kepada hakikat penghambaan diri kepadaNya”. Subhanallah..

Berapa ramai saya lihat pendakwah yang tewas dengan jawatan, tenggelam dalam kekayaan, tertipu dengan kedudukan, menangis kehilangan harta, terkongkong dengan ikatan keluarga dan tidak kurang pula yang kalah dengan tangisan anak di rumah. Apapun yang alasan yang diberikan tidak akan menolak hakikat bahawa inilah ikatan-ikatan yang membelenggu ”kemerdekaan” umat Islam hari ini. Mereka dijajah di dalam merdeka. Akibatnya, pendakwah menjadi lesu, malas untuk bekerja, mengutamakan kerehatan dari kepenatan dakwah. Selagi ikatan-ikatan ini mengikat jiwa pendakwah maka selagi itulah ketewasan jiwa akan terus berlaku. Apalah erti kemerdekaan jika kita sendiri diikat dengan runtunan nafsu serakah.

Kebebasan jiwa dan hati adalah pemisahan perasaan di dalam hati sanubari sehingga hati selalu merasa mulia dan menang. Kebebasan fikiran adalah tidak mencampur adukkan syari’at dengan persepsi bumi yang diada-adakan dan menyesatkan banyak golongan. Kebebasan beramal adalah kekal di dalam barisan dan meninggalkan perpecahan.

Aminuddin Yahaya
Setiausaha Agung
Ikatan Muslimin Malaysia

22 August 2007

i'm smiling:)

Got this online message from my sister fillah;

'Beri hatimu hanya utk Allah, pasti Allah temukan padamu pemilik terbaik dan hamparkan masamu seluasnya hanya utk Allah, pasti Allah aturkan seluruh kehidupanmu sebaiknya..'

JazakaAllah khair. Semoga tiada yg lain di hati ini selain untukMu..Semoga seluruh masa kehidupan ini adalah dlm aturanMu, jadi tak perlu ku bimbang tentang ketidakcukupan masa utk berbuat itu mahupun ini. I am smiling Allah. Thank you Allah!

21 August 2007

Allahuakbar walilla ilhamd!

Alhamdulillah, Allah masih memberi keizinan utk pertemuan ini..terlalu banyak yg berlaku kebelakangan ini..sehingga kadang2 tak ter'compute' oleh otak ape yg sedang dan akan berlaku..kadang2 rase nak melayang walaupun takde angin..kepala ni pulak sejak2 dua tiga rini asyik rase berat semacam jer..tambah2 bile mengadap komputer nak stat bace annual reports..pastu bile dah stat membacenye mula la rase mengantuk yg amat dtg bertalu-talu..alih2 aikk ape yg aku bace td ek??..subhanallah...

Sebelum membuat keputusan utk menyambung pengajian ke peringkat Honours, sudah berkali-kali sy mengingatkan diri ni bahawa tahun Honours itu akan penuh dgn cabaran..dipanjangkan peluang utk berada lebih lama di bumi yg masih tersenyum ini bukanlah peluang yg hadir untuk santai2 bersama sahabat dan junior2 baru, ataupun kesempatan utk menikmati keindahan musim luruh dan kesegaran musim bunga buat kali terakhirnya di sini. Musim luruh tahun lepas, ketika mata asyik memandang daun2 coklat berguguran dgn lemah gemalainya di Frome Rd (jalan favourite sy bile musim luruh!), terdetik di hati ini..'oowh inilah kesempatan terakhir sy utk memandang sepuasnye keindahan Allah ini, mengatur cantik pohon2 yg hidup subur di sepanjang Frome Rd, menukarkan warna2 daunnya mengikut perubahan musim, disertai dgn dingin bayu sepoi2 bahasa amat mendamaikan jiwa'..Serentak itu juga hati ini bagaikan berbisik bahawa sy akan datang lagi ke sini thn depan (insyaAllah), tetapi pd masa yg sama jiwa juga seperti mengingatkan bahawa hadirnya diri ini membawa bersama amanah yg amat berat..Benarlah bagai yg diilhamkanNya..sy kembali lg ke sini, alhamdulillah..Tetapi pengembalian ini bukan utk suka2 shj. Bukan sekadar utk mendapatkan ijazah kepujian itu..malah amat rugilah diri ini jika perkara sekecil tiu shj yg sy kejar2kan selama ini..

Diri ini sebenarnya mahu menyelamatkan iman di jiwanya..mahu memelihara hidayah yg dihadiahkanNya..mahu menjamah kasihNya di bumi yg lebih aman..bukanlah hendak lari dari masalah2 di bumi sane..bukan juga hendak meraih istiqamah dlm biah yg lebih baik spt disini..malah sy yakin istiqamah tidak akan hadir hanya dgn biah yg soleh tanpa keazaman yg dtg dr dlm diri sendiri, dan yg pentingnya istiqamah juga tidak akan hadir tanpa rahmat dariNya, biarpun diri dicampakkan di bumi yg paling suci sekalipun..Dalam istikharah2 meminta petunjukNya jln mana yg harus sy pilih, sy yakin inilh jalannya buat ketika ini..Dia seolah-olah meyakinkan hati ini bahawa jalan inilah yg terbaik utk diri yg hina ini buat saat ini. biarpun menggunung amanah itu, biarpun melangit tanggungjawab ini, akan sy usahakan yg terbaik..walau bahu kecil ni terasa bagai nak patah maemikulnya..kaki bagaikan lembik menampungnya..yg tinggal hanya jiwa di dlm jasad ini shj yg sy cuba utk besar-besarkan sentiasa agar mampu memikul semua ini..

Tahun ini tahun penuh cabaran. Kami dihadirkan mutiara2 yg ramai di bumi ini pd thn ini..yg mana ketika melihat wajah riangnya mereka, sy hanya dipantulkan dgn imej sendiri ketika kanak2 dulu..oowh begitulah sy rupanya dulu2..malah mungkin lebih anak2 drpd mereka..hidup penuh riang ria tanpa sebarang masalah..tanpa menyedari dunia sebenarnya menyerangnya dari segala sudut..tanpa memikirkan dunia yg dikejarnya sebenranya bersatu tuk menghancurkannya..sy juga mula terbayang-bayang susah payah mereka yg banyak menyentak hati ini, jerit perih mereka yg menggoncang diri ini agar kembali ke alam nyata dan pengorbanan mereka yg memimpin diri ini..ya Allah alangkah besarnya 'afiatMU!..kasihNya Dikau pd diri ini..sayangNya Dikau pd hambaMu ini..

Seharusnya pd saat dan ketika ini sy perlu lebih matang utk menyentuh hati2 mutiara ini..menggilap sinar mereka agar lebih bergemerlapan menerangi kegelapan dunia yg makin tua umurnya..ummi dulu pernah mengatakan, kita akhirnya kan sendiri..mereka membimbing..tapi sampai masanya, kita akan dibiarkan utk mengemudi bahtera sendiri..lalu ketika inilah pentingnya pengetahuan dan pengalaman yg lalu dlm memandu bahtera itu hingga sampai ke destinasinya..kemudilah ia mengikut cara kita, cuma natijah akhirnya yg diingini ialah agar ia sampai ke matlamat tertinggi..

Subhanallah..ini tidak mudah..sekali-kali..mengemudi bahtera sendiri perlu kekuatan menyeluruh..peningkatan tarbiyyah diri juga dituntut setinggi-tingginya, belum masuk urusan2 keluarga di bumi sane, urusan muamalat dgn masyarakat sekeliling..campur kesibukan menyiapkan research dan thesis....saya tahu semua itu..sy tahu saya akan menghadapi cabaran2 ini..saya tahu ini dan sudah bersedia untuk kesibukan ini bila faham bhw hidup ini bukanlah utk diri semata tetapi untuk Dia..seharusnya bile sy membuang sifat 'keakuan' dlm hidup ini, sy sudah bersedia utk menghadapi apa yg sy hadapi sekarang ini malah lebih besar drpd ini..jadi tatkala diri dilambung badai yg tidak terduga, ingatklanla diri bahwa perjuangan itu belum pun bermula..cuma baru bermain2 di gigi-giginya sahaja..dan sentiasa ingatlah bahwa
bukan perjuangan tanpa kesulitan tapi dalam kesulitan tercatit ketenangan. Kita tak bersendirian kerana Allah sentiase bersama dengan hamba2Nya walaupon dalam keadaan susah atau senang..

Allahuakbar walilla ilhamd!


20 August 2007

Bingkisan dari ummi..

Assalamu'alaikum wbt,

Buat akhawat yang sentiasa dalam rabitahku, semoga sentiasa dalam pemeliharaan Allah..

Terlintas di hati akak untuk coretkan sedikit rasa hati ini untuk dikongsi bersama antunna semua. Pagi tadi, Allah perlihatkan kepada akak wajah-wajah yang letih, ada wajah-wajah yang terbeban, ada wajah-wajah yang gusar, ada wajah-wajah yang ingin meminta kekuatan dan pertolongan, tetapi entah dr siapa...mungkin reaksi-reaksi itu telah lama terpamir di riak muka masing2, tapi akak yang tak nampak.. melihatkan wajah antunna, membuatkan akak sendiri tergambar bermacam-macam yg telah dilalui oleh antunna sama ada peristiwa yg akak tahu ataupun yang hanya Allah sahaja yg tahu.

Terlebih dahulu akak meminta maaf jika tugas-tugas yg ditaklifkan kpd antunna menyebabkan antunna rasa terbeban. Akak tak nafikan, akak bersikap agak tegas & agak pushy pada semester ini, mungkin dalam ketegasan itu, ada hati2 yang terluka, ada hati2 yang terasa berat, ada hati2 yang berasa letih sehinggakan ada hati2 yang terasa terpaksa dan dipaksa.. dan akak juga meminta maaf kerana tidak dpt meluangkan masa bersama antunna atau sesetengah dr antunna utk berkongsi cerita dan menjadi pendengar masalah, maaf di atas hak-hak yg tidak tertunai. Kepada Allah jualah kuharapkan pengampunan di atas kelalaian ini..

ketahuilah wahai adik-adikku, dalam ketegasanku, masih ada perasaan kasih & sayangku kepada antunna, antunna tak lepas dari rabitah akak. mungkin kita selalu tak dapat bersama, tetapi akak yakin, Allah masih menemukan & menggetarkan roh-roh, membangkitkan rasa rindu di antara kita.. ingin akak kongsi segala yang akak miliki dengan kalian, agar kalian dapat menjadi mukmin & daie rabbani yang lebih baik dari diri ini.. mungkin akak juga bukanlah yang terbaik untuk memahami setiap dari antunna sekalian, tetapi walau apa jua dugaan & ujian yang melanda, bermujahadahlah & mintalah pertolongan dari penguasa alam ini, kerana di situ akan lahirnya ketenangan..

berbanggalah wahai adik2ku kerana Allah masih memilih kita untuk berada di atas jalan ini pada saat & tika ini.. tiada siapa yang tahu pengakhiran kita. bersyukurlah berana ita masih dipilih oleh Allah untuk melalui madrasah tarbiyyah ini melalui mehnah & dugaannya, semuanya itu bakal penentu tahap keimanan kita.. semoga kita tak terlepas dari pandangan Allah, semoga kita tak diharamkan dari melihat wajah Allah.. berluma-lumbalah untuk ke jannah, walaupun perlumbaan dunia sangat mengejar kita.. semoga setiap langkah kita dipimpin ke arah redhaNya..

Wahai wajah-wajah yg kerisauan, keletihan dan wajah-wajah yg penuh harapan, akhawati yg dikasihi fillah...
berdoalah, berdoalah dan berdoalah, jagalah iman dan hati kerana di situ bertakhtanya kemuliaan sebagai hamba Allah, di situlah letaknya kekuatan, di situlah ada penyelesaian bg setiap permasalahan...redha dan tawaddu' lah sebagai hambaNya, wallahua'lam..

ana uhibbukunna fillah
-ummi-

Antara kita tiada rahsia
Susah dan senang tetap bersama
Terpatri namamu
Kau takkan kulupa
Sudah bertahun lama
Kita tidak lagi bersua
Hanya tinggal kenangan
Yang tak mungkin kita lupa
Kirimkan khabar selalu
Seiringan hembusan bayu
Sekadar pengubat rasa rindu dikalbu
Pantas masa berlalu
Meninggalkan kita semua
Tanpa disedari bertambahlah usia kita
Potret lama masih kusimpan
Kubingkaikan kenangan
Hingga terkadangku
Tersenyum sendirian
Oh perjalanan kita masih jauh
Jalanan berliku akan kita tempuh
Imbaslah kenangan semalam jadi azimat
Penguat semangat menempuh masa hadapan
Harapanku kau kan bahagia selalu
Padaku engkau penghibur duka
Pengubat hati resah kecewa
Dikala malamku kau bawa cahaya
Antara kita tiada rahsia
Susah dan senang tetap bersama
Terpatri namamu
Kau takkan kulupa
Perjalanan kita masih jauh
Jalanan berliku akan kita tempuh
Imbaslah kenangan semalam jadi azimat
Penguat semangat menempuh masa hadapan
Harapan ku kau kan bahagia selalu
Sematkanlah bingkisan rindu dikalbu

10 August 2007

Siapakah saya?

Saya adalah anak kecil yang sedang bertatih, dalam pengembaraan untuk merealitikan hakikat penciptaan dirinya. Jalan kebenaran bagaikan sudah terbentang di hadapan saya, tetapi tidak nampak penghujungnya dek penuhnya rintangan di sepanjang jalan tersebut. Apa yang diyakini ialah, inilah satu-satunya jalan yg harus dilalui, perlu mengabdi pada Tuhan yang satu, juga perlu menyeru dunia untuk sama tunduk pada Tuhan yang satu, lantas menyiapkan bekalan untuk pertemuan agung dengan Tuhan yg satu.

Saya adalah anak kecil yang sentiasa dikelilingi huru-hara dunia, sehingga kadangkala terpaksa menelan pahitnya menjadi ghuraba’ di tengah-tengah keramaian manusia yang tidak kenal akan Pencipta mereka lagi. Justeru saya adalah anak kecil yang sentiasa mengimpikan sebuah kedamaian dan kebahagiaan yang kekal abadi, sentiasa mengharapkan agar Islam kembali diimani sebagaimana ianya diturunkan, lalu membawa harmoni pada seluruh dunia. Dan anak kecil ini sentiasa berharap agar rahmat Illahi mengiringi setiap langkah pengembaraannya..sehinggalah sampai ke destinasi terakhir yg diimpikannya..Ameen.

Inilah saya, anda pula bagaimana?

09 August 2007

Perjuangan itu..

ertinya BERKORBAN...
Berkorban atau tadhiyyah pd definisi Imam Hassan alBanna ialah menyumbang jiwa, harta, masa dan nyawa serta segala-galanya demi mencapai matlamat..once tahu matlamat, dan yakin bahawa matlamat itu adalah destinasi terakhir yg akan membawa kebaikan hakiki, insyaAllah kite akan jelas tentang hidup ini, dan tidak ragu2 utk mengorbankan segale-gale yg kite ade demi mencapai matlamat tersebut. Mudah menyebutnya..tp teramatlah sukar untuk membuatnye..
sukar kerana ia bukanlah sstu yg manis, malah boleh jadi teramat pahit..ia ibarat melepaskan dunia ini drpd hati kita sepenuhnya untuk sebuah kehidupan yg lebih bermakna di akhirat sane..bukanlah bermaksud tidak bekerja untuk mendapatlan kejayaan duniawi, malah kita perlu bersungguh-ungguh untuk mendapatkan kejayaan2 dunie ni, menjadi yg terbaik di setiap lapangan, cume segala yg dunia2 ni biarlah sekadar di genggaman kita sahaja tetapi tidak masuk ke hati..bermakna kite sanggup memberi segala habuan dunia yg Allah kurniakan utk kita kembali kpd jalanNya..gunekan semua untuk mencapai matlamat yg telah di set awal2 lagi...tak kisah kalau hidup tidak seperti org 'biasa'..tidak kisah dipandang agak lekeh di mata masyarakat..tidak apa..itu tidak akan menyedihkan kita..
bile yakin dan beriman dgn matlamat yg satu kita takkan menunggu untuk memberi segala yg kita ade, malah kita akan tercari-cari peluang untuk memberi..berilah segala-galanya..kerna kita yakin di sane ada ganjaran yg lebih besar utk kite..malah pengorbanan di sini adalah atu 'transaction jual beli' yg amat tinggi nilanya di akhirat sane..
'Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dgn memberikan syurga buat mereka..' (At Taubah:111)
maka beruntunglah mereka yg banyak melakukan jual beli ini dengan Allah..Dia sebaik-baik Pemberi..allahu'alam

01 August 2007

APEKAHHH??

Kelab hiburan elit diberi amaran

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0801&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_09.htm

SHAH ALAM 31 Julai – Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan menarik balik lesen hiburan kelab-kelab persendirian di kawasan pentadbirannya jika didapati melanggar syarat lesen yang telah ditetapkan.
Ketika ini, MBSA hanya mengeluarkan lesen hiburan kepada dua buah kelab persendirian di Shah Alam iaitu Kelab Shah Alam dan Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah (KGSAAS).
Selain itu, kedua-dua kelab berkenaan didapati turut memiliki lesen perjudian yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan.
Datuk Bandarnya, Mazalan Md. Noor berkata, walaupun dua kelab berkenaan tidak melanggar mana-mana peraturan dan syarat yang ditetapkan, namun mereka perlu menjalankan operasi mengikut peraturan yang ditetapkan termasuk aktiviti perjudian.
‘‘MBSA hanya mengeluarkan lesen hiburan manakala lesen perjudian dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan, tetapi kita harap kelab-kelab berkenaan mematuhi peraturan dan syarat termasuk menegah orang Islam mengunjungi kelab untuk berjudi atau melakukan perkara yang dilarang agama.
‘‘Selain itu, MBSA dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bekerjasama memantau perkara tersebut,’’ katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Penuh MBSA, di sini baru-baru ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas cadangan daripada ahli majlis yang meminta MBSA menghentikan pengeluaran lesen hiburan bagi mengelakkan umat Islam terlibat dengan kegiatan yang bertentangan dengan ajaran Islam.
Sementara itu, Mazalan memberitahu, kerajaan negeri telah meluluskan peruntukan RM1.6 juta bagi membina 44 kompleks gerai di zon utara serta selatan Shah Alam yang akan dilaksanakan bermula Ogos ini.
Katanya, projek pembinaan itu dibuat bagi mengatasi masalah gerai haram khususnya gerai yang menjual makanan dan minuman yang banyak dibina di atas tanah kerajaan di kawasan tersebut.
Jelasnya, sehingga Julai tahun ini, pihak MBSA telah mengambil tindakan kompaun terhadap 144 gerai yang beroperasi tanpa lesen di kawasan sekitar Shah Alam.


Sakit jiwa tika menatap berita ini. Sesak nafas pula tatkala membacanya..ingatkan bangun pagi2, bace cerite2 tentang negara 'Boleh land' terchinta, ade laa benda2 yg improve..tapi lebih banyak pulak berita2 negatif yg terpampang..kes bunuh sane sini, kes cikgu dera murid, kes buang anak merata-rata..aduiiii.

Kite cuba mem'portray' ourselves as negara Islam, Islam hadhari lagi tuu..kite cube untuk menjadi negara Islam yg maju. Tapi langkah2 yg kite ambil tak menuju kepada maju, tak langsung menunjukkan langkah2 org Islam, sebagaimana yg diajar dan dikehendaki oleh Islam.
Contoh la dlm kes kat atas, konon2 nak mengelakkan umat Islam drpd terlibat dgn perkara yg bertentangan dgn Islam, tapi cara membanterasnye ialah bagi lesen2 utk bukak club2 hiburan, bagi lesen2 judi..cuma club2 tersebut perlu menegah org Islam drpd pergi ke club utk berjudi or buat bende2 yg dilarang dalam Islam. Pihak majlis agama pulak diminta utk bekerjasama memantau masalah ini. Dan org yg bercakapnye ialah org Islam sendiri..

Tak ke janggalnye bunyi?..org Islam, tapi membenarkan club2 hiburan dibuka, membenarkan kegiatan perjudian..- soalan saye di manekah sensitiviti Islam org 'Islam' ni??
Care membanteras pun amatlah pelik, banteras ke tu?..silap2 makin banyak org Islam yg berjudi, sbb org Islam skrang amatla susah nak di differentiate kan melainkan kalo tgk kad pengenalan..satu lagi, penafian terhadap ajaran junjungan besar Rasulullah saw yg suruh kite 'mencegah drpd mengubati'..ini tidak, create dulu masalah, pastu nak cube selesaikan..takke banyak keje? buang mase? pastu nak selesaikan masalah pulak main cantas2 jerr ranting2 masalah tu, bukannye nak cek akar umbi masalah..sbb bile akar tu sihat, insyaAllah ia akan menumbuhkan pokok yg sihat, tak bermasalah..kalo akar tu dah sakit, cantasla seberapa banyak ranting sekalipun, ia tetap akan menumbuhkan pokok yg sentiasa membawa masalah!


30 July 2007

Pengajianku..

Padat. Jadual sudah diatur bersama supervisor. Saya menarik nafas panjang..mampukah??. .research honours telah bermula..satu lagi pengalaman serba baru yg akan saya tempuh..setiap dua minggu saya perlu menghantar satu chapter draft thesis yg panjangnya 4000 hingga ke 5000 perkataan setiap chapter..setiap dua minggu sekali ade meeting bersama supervisor utk update progress..dalam masa yg sama research harus dilakukan segera, 100 annual reports top listed companies in Malaysia harus dianalisa secepat mungkin..data2 penting untuk setiap company perlu dicari segera, pastu kena buat kira2 ratio, kena regress data gune statistical software..kene..etc..etc..jika tidak thesis writing saya akan stuck kat tgh jalan sbb results research belum diperolehi..

TIMETABLE

WEEK 2 - 31 july
literature review draft 1

WEEK 4 - 13 aug
literature review draft 2
research methodology draft 1

WEEK 7 - 3 sept
literature review final
research methodology draft 2
structure results & discussion

WEEK 10 - 8 oct
research methodology final
results & discussion draft 1

Supervisor is not available
3 - 8 oct Japan
19-29 0ct South Africa

WEEK 13 - 29 oct
results & discussion final
conclusion
introduction
full draft thesis

Saya cuma berharap dalam kesibukan saya menyiapkan honours thesis ini, saya takkan mengabaikan haq terhadap iman saya, haq terhadap hidayah yg dikurniakanNYA pda saya, dan semestinyalah haq terhadap DIA..DIA yang memberi kekuatan, kesabaran, kesihatan dan segala-galanya agar saya mampu untuk terus berdiri, menunaikan amanah terhadap dunia..juga, mereka yg tak boleh saya lupakan, keluarga yg sentiasa memberi sokongan dr jauh, jgn lupe selalu2 tanye khabar mereka; housemates tersayang, jgn abaikan hak-hak mereka di rumah; sahabat2 seperjuangan, adik2 yg lebih perlu didekati..tunaikanlah hak mereka seperti yg sepatutnya..cubelah berlaku adil pada semua..kerana bak kata Saidina Umar al-Khattab, adil itu ialah apabile kamu meletakkan sesuatu pd tempatnya..

Ya Allah, padaMu jualah kudambakan kekuatan, kesabaran, keteguhan, keyakinan dan ketenangan..hanya Dikau saja yg mampu memberi..pimpinlah diri ini agar sentiasa bermujahadah, mujahadah dgn hati agar tidak terlari niat perjuangan ini, mujahadah dgn diri agar sentiasa berUSAHa untuk melakukan yg terbaik, utk pengajian yg aku mengharapkan redhaMu padanya, dan untuk mutiara2 yg dihadirkan dlm hidup ini yg aku membawa qudwahMU pada mereka..ameen ya rabbal 'alamin.

20 July 2007

LANGKAH KITA..

Berbeza
antara yang faham dan yang tidak
antara yang sedar dan tidak sedar
antara yang bergerak
antara yang beramal
dengan yang tidak

Berbeza
langkah kita atur
tersusun
tenang

Berbeza
kerana kita berpegang pd yg Haq
beralas prinsip
bukan ikut naluri sendiri

Kita yang ditarbiyyah
pasti kan mengorak langkah berbeza
dari mereka
yang hidup suka-suka
penuh agak-agakan sentiasa

Berbeza. Kesan tarbiyyah amatlah besar dalam membentuk peribadi individu. Jika dulu mungkin seorang yg tidak sabar, tinggi egonya, tarbiyyah yg betul dan kena caranya berkuasa untuk melunturkan sifat-sifat negatif dlm diri seseorang individu. Mampu menahan marah, meningkatkan kesabaran, menenangkan jiwa yang bergelora. Tidak cepat melatah. Jangan diambil kira kemarahan mereka yang tidak faham, tidak faham akan erti perjuangan ini. Pasti membuang masa dan tenaga merungkaikan sstu permasalahan dgn mereka tanpa memahamkan mereka tentang realiti perjuangan ini terlebih dahulu. Allahu rabbi..

Ya Allah..tabahkanlah hati ini..besarkanlah jiwa ini dgn 'izzahMu..hinalah diri ini jika tidak mampu menghadapi ujian2 sekecil ini..akan kupujuk diri ini dengan janji-janjiMu ya Allah..

'Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman' (3:139;)

29 June 2007

adaptable

Salam..

tetibe terasa ingin menulis sedangkan ilham tidaklah sebanyak mana..

saya di rumah sahabat2 yg comel2 dan jelita2
sekarang mudah pula untuk bermalam di mana2di surau, di bilik pelajar terpuji bandar barat mahu pun adelaide uni, dan harapnya di mana-mana sahajateringat dulu, saya cukup payah utk bersetuju bermalam di rumah org..bila berusrah malam2 terpaksalah naqibah saya menghantarkan balik (huhu maafkan sy yer akak!) di tengah2 mlmmungkin kerana masih tidak nampak kepentingan untuk bermalam di rumah org lg pd masa itu, ada juga kerana terlalu memikirkan keselesaan sendiri, ada juga alasan konon-konon tak nak buang masa, kalo tidur di rumah org takleh belajar..

makin saya membesar dengan ISLAM, makin saya belajar erti untuk menikmati kelazatan susah. apatah lagi susahnya untuk mendidik dan membentuk jiwa-jiwa agar kembali bergerak kepada merealitikan hakikat penciptaan diri masing2, tetapi jika tidak cuba sedaya-upaya, sampai bilakah hidup hanya untuk menerima?

maka saya pun belajar untuk menjadi lebih adaptable dengan org2, keadaan dan permasalahan sekeliling. Lebih adaptable bermakna kita lebih banyak mengorbankan kepentingan diri, dan tentunya mengutamakan orang lain dan kemaslahatan dakwah. dan untuk itu,saya perlu belajar untuk boleh tidur di mana-mana, belajar dimana-mana, dan makan apa sahaja yg ada (asalkan halal), dan banyak lagi sebenarnya. cuba untuk menjadi seorg yg tidak kisah jika itu untuk kepentingan tarbiyyah dan dakwah.

teringat seorang ukht ni, seorang sahabat yg tidak pernah lupa akan erti tanggungjawab dan peranan..ke mana sahaja beliau pergi, pastinya masalah org lain yg juga merangkumi masalah ummah menjadi keutamaannya..dan pastinya yg membolehkan beliau mempunyai sikap itu ialah kerana tingginya sifat tadhiyyah dlm dirinya, dan sangat adaptable dengan keadaan sekeliling. letaklah beliau ditempat yg paling selesa sekalipun beliau takkan tidur selagi tidak tertidur dengan sendirinya. dan letaklah beliau di tempat yg paling tidak selesa sekalipun namun beliau boleh tertidur dengan sendirinya kerana terlalu letih.dan yg paling saya ingat,walau kemana sahaja yg beliau pergi, pastinya berus dan ubat gigi akan sentiasa dibawanya. kerana beliau tidak tahu lagi di rumah manakah yg beliau akan pergi bermalam untuk menjenguk khabar iman penghuni-penghuninya.

26 June 2007

EXAM datang lagi...(III)

Alhamdulillah. selesai juga satu-satunya exam saya utk semester ini. dalam sibuk-sibuk menyiapkan assignment2 lain yg besar assessment marknye menyempitkan hari2 utk sy studi for this only exam. name jer satu paper, patutnye bolehla score kan? huhu..~

tapi kadang-kadang saya terlupa. saya selalu menyempitkan neraca saya hanya setakat batas akal manusia. mana mungkin saya bole buat kerja tanpa henti, tido hanya beberapa jam dlm sehari, makan minum entah ke mana.. that is not really me..kerana saya percaya saya seorang yg tersusun orangnya. saya perlu tidur sekurang-kurangnya 5/6 jam sehari supaya boleh bangun dalam keadaan segar keesokan harinya. tapi, dgn workload honours yg agak melampau tahun ini, tidur 5/6 jam sehari hanya akan menangguh-nangguhkan kerja yang memang telah tersedia banyaknya, bile tertangguh lagi la bertimbun. tapi kalo tak cukup tido tak boleh la pulak nak buat kerja nanti. adeiii

namun saya tetap mementingkan kerja2 honours saya. saya tekun menyiapkan assignment2 yg menggunung. badan semakin hari semakin penat. kerana selalu tidur lambat, semakin susah utk saya bangun sebelum Subuh dan mendengar azan seperti pagi2 sebelum ini, apatah lagi utk selalu berqiamullail dan bersujud pd DIA. -amalan2 sunat makin merudum. alasan saya. tak apa, sekali sekala. lama2 makin tertinggal. adusss.

menjelang hari2 peperiksaan, saya telah berjaya menyiapkan assignment2 yg perlu dihantar pd tarikh2 yg sepatutnya ~alhamdulillah~ (walau masih banyak yg menanti selepas peperiksaan!). tinggal beberapa hari lagi. saya cuba utk belajar se'eficient' yang mungkin. mendambakan keberkatan masa. keberkatan dalam berusaha.
namun sebaliknya yg berlaku. saya tidak tenang. tiada focus langsung untuk menghadapi satu-satunya peperiksaan pada kali ini. paper ini tidaklah begitu susah bg saya utk difahami, cuma perlu baca, faham dan ingat. saya terus baca dan baca. namun yg melekatnya..Subhanallah, hanya DIA yang tahu. bagaimanakah utk mengeluarkan ilmu2 itu nanti di dalam dewan peperiksaan?..kerana dlm xm outputnya yg paling penting, yang di'mark', bukannya banyak mana yg kita baca. sehari sebelum peperiksaan pun saya masih belum mampu utk mem'fokus'kan minda dan hati utk belajar subjek ini. namun saya tidak takut (perasaan yg salah di waktu2 begini!). adussss.

saya merasakan saya telah meminimumkan usaha saya bertaqarrub dgnNya dalam kesibukan menyiapkan assignment2 yg lepas..iman makin menurun, hati makin jauh..dan akibatnya saya tidak memperoleh kekuatan dan ketenangan yg saya dambakan menjelang hari peperiksaan..astagfirullahal 'azim
pagi peperiksaan, saya duduk bermuhasabah sejenak. apa yg tidak kena? ...amalam2 seharian untuk dua, tiga minggu kebelakangan ini saya reflect balik.. lantas tiada jawapan lain yang bermain difikiran saya, melainkan saya gagal untuk memperoleh baraqah dan rahmah dariNya untuk menghadapi ujian kecil kali ini..

dan saya belajar satu 'lesson' yang amatlah relevant dan berguna utk exam kali ini. jangan sekali-kali mengabaikan usaha utk meraih cintaNya dalam usaha mengejar kejayaan-kejayaan yg lain.

DIA mampu memberi segala. hatta kejayaan dalam sekelip mata. namun kerana DIA suka melihat pada usaha, nescaya saya dan kita semua perlu sentiasa bermujahadah utk terus dan terus berusaha. namun janganlah sampai terlupa. untuk terus dan terus bertaqarrub denganNya juga. kerana segala-galanya adalah dari DIA. jika kita telah memenangi cintaNya, maka percayalah segala yg lain akan datang dengan mudahnya.

19 June 2007

EXAM datang lagi...(II)

kesibukan itu biasa. peperiksaan itu biasa. peperangan itu biasa. warna-warna kehidupan yg menceriakan kanvas kehidupan manusia.

Tapi..

istimewanya kita, Muslim yg bergelar Mukmin ialah, kita percaya bahawa segala sesuatu yg telah berlaku (takdir) dan yang sedang berlaku itu adalah yang TERBAIK untuk kita..kerana kita percayakan pada Pencipta kita yang Maha Mengetahui tentang apa yang terbaik untuk setiap ciptaanNya..segala yg telah terjadi dan ditetapkan itu baik, sempurna, tiada cacat celanya.
Tapi ujian itu maha hebat, hampir membawa pd putus asa, baikkah utk kita??
letak ketepikan pandangan kita yg maha hina..jangan juga di ambil kira pandangan makhluk2Nya yg lain..angkatlah kepala, dongaklah ke langit sana..laraskanlah neraca, selarikan dimensi..agar mudah kita memahami sesuatu yang terjadi seperti yang dikehendaki oleh Yang Amat Mnegetahui.
Sesungguhnya setiap sesuatu yg berlaku itu pasti ada hikmahnya yg tersendiri. Mungkin untuk mengajar kita, tarbiyyah terus dari yg maha Esa..beruntunglah kita kerana masih sudi dipandangNya, masih ingin dikasihiNya..kerana itu dilontarkan dengan sedikit ujian, agar jiwa yg kotor dapat dibersihkan, disucikan dari noda2 kelalaian, agar jiwa itu sentiasa merujuk pdNya, sentiasa rasa berkehendak pdNya..moga2 dengan jiwa yg lebih suci dari dosa itu akan menghampirkan kita dengan Dia yang selalu kita lupakan..
jika tidak nampak kebaikannya di dunia ini, pastinya hikmah itu terselindung di akhirat sana, jadi apa yg hendak kita gusarkan?..bersangka baiklah pdNya, nescaya tiada apa yg mampu menghalang kita untuk melangkah, walaupun laluan kita terlalu beranjau dan penuh rintangan..allahu'alam.

'Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang(yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah dan musuhmu dan orang orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Apa saja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah niscaya akan dibalasi dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya (dirugikan)' Al-Anfal:60

10 June 2007

EXAM datang lagi...

Lemah. Serabut. Kabur. Swot week baru bermula. XM akan menjelang tiba tidak lama lagi. Senario biasa berputar kembali. Walaupun tidak mempunyai apa yg dinamakan' swot week' mahupun XM yang banyak (hanya satu paper) semester ini, bahang tekanan peperiksaan yg dihadapi oleh anak-anak buah, sahabat2 dan adik2 juniors tutut terlampias ke arah saya juga.
Ini episod mencabar. Bukan sahaja menguji sejauh mana kerajinan individu menghadap buku2, soalan2 tut dan past years papers. Bukan sahaja menguji ketahanan mereka utk duduk lama2 di dlm library mahupun cats, dan bukan setakat menguji kekebalan utk menahan dingin musim sejuk jika menelaah di rumah. Ini juga sebenarnya episod menduga EMOSI dan HATI. Episod penuh pancaroba yang menguji kekentalan JIWA.
Mungkin adik2 juniors tidaklah terasa sgt tekanannya (ye ke?..or am I underestimating too much?..maaf yer!)... Hanya berdebar-debar tidak dpt membayangkan bagaimanakah keadaan di dewan Wayville nanti. Saya juga pernah merasakan perasaan itu. Tapi dgn persediaan rapi dan otak yg penuh dengan maklumat yg tersusun kemas (kerana ade mase utk studi, dan subjek2 masih agak mudah), debaran itu masih mampu dikawal, atau dlm kata mudah tidaklah akan memberi effect negative terhadap apa2. Mungkin terlebih sedikit 'excitement' atau 'anxiousness', tapi biasanya masih mampu dikawal. Second and third year (dan tentunya final year!) agak lebih mencabar dengan level syllabus yg lebih tinggi. Bayangkan mereka yg terpaksa menghadapi sehingga 6 atau tujuh subjek peperiksaan dlm masa 2 minggu!, swot week pula hanya seminggu (itupun belum tentu boleh studi sbb asement lain masih belum disiapkan kerana terlalu banyak!), even kalau sempat studi pun belum tentu boleh menjawab dgn baik kerana penekanan aspek KBKK dlm sistem pembelajaran di sini yg amat tinggi (maksudnye, kalo hafal satu buku, tp tak faham ape2, belum tentu boleh score laa) maka bermulalah peperangan sebenar yang sangat menggoyahkan perasaan..

Dah tahu nak berperang, duduk diam sajakah kita?

Tentunya tidak, mestila sibuk buat preparation!

Preparation ape yg kita buat? Studi sampai nak muntah? Itu sahajakah

Sesetengah org mungkin berjaya hanya dengan pulun studi. Dia boleh cope dgn pressure luaran dan dalaman lantas memfokuskan diri dgn studi, studi dan studi selagi termampu, sehinggalah kaki melangkah ke dewan Wayville..
Sesetengah org hanya mampu cope dengan pressure luaran (boleh menyediakan fizikal yg mantap utk studi) tetapi tidak mampu untuk handle pressure dalaman yg amat menekan emosi dan jiwa..
Biasanya berperang dgn emosi lebih payah dan susah, dan lebih memenatkan berbanding dengan peperangan utk menyediakan fizikal yg sihat bagi menghadapi hari2 genting menjelang hari peperangan..
Dan selalunya mereka yg tidak mampu mengawal pressure dalaman ini juga akan meng negative effectkan atau menambahkan pressure luarannya = tidak mampu cope dgn kedua-dua pressure luaran dan dalaman.


Jadi?

pastikan kita mampu mengawal pressure dalaman terlebih dahulu
Settlekan bab2 emosi, hati, sentiasa betulkan balik niat, kita belajar, bermati-matian, berjuang hanyalah kerana Allah..jadi bersandarlah padaNya sepenuhnya..usahakan yang terbaik, natijahnya biarlah Allah al-Haq yg menentukan..
Jika persandaran kita teguh pada Allah swt yg Maha Mengetahui apa yg terbaik utk setiap makhluk ciptaannya, pasti tidakkan wujud istilah stress, pressure, down dlm kamus hidup kita..(especially menjelang musim2 peperangan besar seperti ini!)..tapi hakikatnya penjelasan ini amatlah sukar utk dipraktikkan (sungguh!, easier said than done..)..kadang2 kita rasa kita cukup kuat utk handle situasi2 genting..pergantungan kita pd ketentuan al-Khaliq dirasakan tinggi..namun bila ditakdirkan Allah ujian datang bertimpa-timpa, atau sesekali diduga dgn ujian yg benar2 BESAR, hati seolah-olah mahu terpecah, cuba utk merationalisekan keadaan..emosi terlalu berkecamuk, sedangkan jiwa pula menjerit-jerit meminta kehadiran iman untuk menenangkannya..

Kesimpulannya, marilah sama2 kita menguatkan hati dan jiwa..supaya bila tiba saat tidak terduga, hati dan jiwa ini akan sentiasa bersiap sedia...kuatkanlah ia dengan sabar dan salat..selalu2 lah bgn pagi utk bermunajat pdNya kerana 'Sungguh, bangun malam itu lebih kuat (mengisi jiwa)..Muzzammil:6...jgnlah hendaknya ditunggu sehingga hati dan jiwa ini terkulai layu baru teringat hendak mencari sumber kekuatannya..

Allahu'alam

20 May 2007

Terima kasih sahabat!

With friends you grow wings

Alone

You are a single feather in disgrace.

With them you master the wind,

But alone,

Your blown in all directions.
By Jalaluddin Rumi
Kata-kata di atas teramat benar...tanpa mereka pastinya saya masih terumbang-ambing di saat ini.."blown in all directions'..tidak tahu arah mana harus dituju..hidup yg 'blur', hidup yg penuh dgn agak-agakan..

Bersama mereka serasa menguatkan diri ini sedikit sebanyak..me'motivate'kan diri..serasa ada tempat utk bercerita di saat kesedihan, dikala menghadapi ujian2 yg menggegarkan jiwa..ada tempat utk bercerita sekurang-kurangnya, meluahkan kepahitan rasa..

Benarlah seruan Rasulullah saw agar hidup berjemaah..kerana itu lebih menguatkan, barisan2 kiri dan kanan, mahupun depan dan belakang mampu utk menampung andai diri terasa hendak tumbang..sama2 merangkul andai diri tidak berdaya..bersama membantu membina diri, mencekalkan jiwa agar mampu menopang tanggungjawab besar mentadbir dunia..

Terima kasih wahai sahabat!. Jazakumullahu khairan katsiran kepada semua..yg menyalur sedikit cahaya kpd hati ini, yg menjentik secebis kesedaran untuk saya mula berfikir-fikir, yg meniupkan segunung semangat agar langkah ini dimulakan, biarlah hanya dengan bertatih..mereka pasti disisi, membangunkan andai diri tersungkur, menunjuk jalan di saat diri tersesat, menyuluhkan cahaya di kala diri teraba-raba di dalam kegelapan, memeluk kejap menyalur semangat utk dibuang jahiliyyah yg pekat!

Terima kasih sahabat kerana mengegarkan jiwa ini agar bangun dari lena yg panjang..

02 May 2007

KEIMANAN


andai matahari di tangan kananku
takkan mampu mengubah yakinku
terpatri dan takkan terbelit
dalam lubuk hati
bilakah rembulan ditangan kiriku
takkan sanggup mengganti imanku
jiwa dan raga ini apa pun adanya
andaikan seribu siksaan
terus melambai-lambaikan derita yang mendalam
seujur rambut pun aku takkan bimbang
jalan ini yg kutempuh
bilakah ajal kan menjelang
jemput rindu-rindu syahid yg penuh kenikmatan
cintaku hanya untukmu
tetapkan muslimku selalu..

-Shaf-fix-

27 April 2007

Negara impian daie

DARUL TAQWA & DATUK DR JOHAR

Digosok-gosok lagi matanya. Dia seakan-akan tidak percaya apa yang dilihatnya. Apakah aku kembali ke zaman unta, ke zaman kolot dan purba? begitulah detik hatinya. Dikesat hidungnya yang berair dengan kertas tisu. Kertas itu kemudiannya dicampakkannya ke tepi jalan.
"Assalamualaikum, pakcik.. tolong kutip kertas itu. Nanti pakcik rugi di Akhirat. Kebersihan itu separuh daripada iman."
Bunyi satu suara di belakangnya. Ia bingkas berpaling. Siapa berani menegurku? Aku Datuk Dr.Johar, orang besar negara ini.
"Pakcik, biarlah saya tolong kutip,sebelum Penguatkuasa Iman dan Islam datang. Nanti didendanya pakcik," kata budak kecil berpakaian putih dengan serban yang melilit kepalanya.
Datuk Dr. Johar membetulkan tali lehernya. Ah, kalau dia datang biar aku sogok dengan duit ini . Siapa yang tak kelabu tengok duit merah, biru berlapis-lapis. Namun, Datuk Dr. Johar terus hairan. Bangunan pencakar langit dengan wajah pembangunan yang sofistikated. Ada helikopter bersimpang -siur bergerak di udara. Railbus bercerakah ke sana sini. Bullet train meluncur bagaikan panah dilepaskan dari busurnya. Kesibukan yang layak dipikul oleh manusia-manusia moden.
Namun peliknya, pakaian mereka, tingkah-laku mereka...Ah, di mana aku sekarang ini, gerutu hati Datuk Dr.Johar.
"Hoi budak, Aku dimana sekarang ?" soalnya kepada budak yang menegurnya tadi.
Budak itu tersenyum. Mukanya cerah dan indah. Tenang dan bersuara lunak. Apakah ini Aladin, budak Arab dengan lampu ajaibnya: teka-teki itu terus menerjah kepala dan kotak fikir Datuk Dr. Johar. Budak itu membuka mulut hendak menjawab. Belum sempat,tiba-tiba datang sebuah kereta jenis Ferrari, merah dan bercahaya. Keluar dua orang lelaki dengan pakaian yang hebat dan segak. Serban mereka berwarna hitam berjalur biru.
"Assalamualaikum....Maaf, pakcik. Kami terpaksa mendenda pakcik. Kesalahan membuang sampah ini sudah belasan tahun tidak berlaku di Darul Taqwa ini. Kami terpaksa mendenda pakcik. Kebersihan itu lambang iman. Negara ini menitikberatkan iman.... Pakcik didenda, 30 kali subhanallah, 30 kali astaghfirullah dan selawat 100 kali."
Kata pegawai penguatkuasa itu dengan lembut. Datuk Dr. Johar tersentak. Apa namanya undang-undang ini. Tak ada dewan bandaraya di seluruh pelusuk dunia mengamalkannya. Dia tercengang-cengang. Namun egonya membumbung tinggi. Apa ? Dia nak marahkan aku ?
" Ni duit lima ratus. Saya tak mahu buat apa yang kamu minta. Kita selesaikan di sini saja. Berapa gaji yang kamu dapat sebulan ? " tanyanya angkuh.
"Pakcik, kita bekerja kerana Allah, bukan kerana gaji. Lagipun duit bukan ada harga lagi di zaman ini. Semuanya dipandang sebagai alat, bukan matlamat," kata pegawai berjanggut dan berjambang itu dengan tenang.
"Oh, oh .... maafkan kami, pakcik. Kami nak tanya sikit, kenapa pakcik pakai pakaian zaman dulu? Mana pakcik dapat pakaian macam itu ?" Tanya pegawai itu pula.
Aku yang gila, atau dia yang gila? Detak hati Datuk Dr. Johar. Dia berjalan ke arah kereta Ferrari yang berkilat itu. Melalui cerminnya dia nampak perawakannya dengan jelas. Tak ada yang salah. Tali leher, kemeja dan kotnya masih kemas dan segak. Daripada jenama yang mahal pula - Pierre Cardin. Kasutnya hitam berkilat daripada jenis Bally. Ah! Aku masih unggul. Lelaki tampan, lambang status dan kejayaan. Dia yang kolot, dia yang ketinggalan zaman.
"Anak muda, pakaian pakcik ni pakaian pemimpin. Pakcik orang besar di negara ini. Pakcik dah keliling dunia dengan pakaian ni. "
"Pakcik, itu pakaian puluhan tahun yang lampau. Ketika Islam belum berdaulat di Darul Taqwa ni. Moyang-moyang kami dulu saja yang pertahankan pakaian macam itu. Itu pakaian orang kuno di Barat. Sekarang, kami hanya dapat lihat gambar-gambarnya saja. Itupun dalam buku sejarah zaman peralihan Islam. Orang Barat zaman moden ini dah berpakaian macam yang kami pakai. Tak ada orang yang pakai macam tu kecuali orang-orang bukan Islam yang dijamin kebebasannya dalam sebuah negara Islam seperti darul Taqwa."
Datuk Dr. Johar termanggu-manggu kebingungan. "Di mana aku sebenarnya ni?" Dia bertanya lagi kepada pegawai penguatkuasa dan budak kecil di tepi jalan. Dia masih kenal, Ini Jalan Chow Kit ditengah bandar Kuala lumpur. Masih ada Masjid Pakistan dan Masjid Kampung Baru di sebelah sana. Tetapi itu sahaja, yang lain tak ada.
"Pakcik di bandar Mutmainnah. Ini jalan Mujahadah, namanya. Saya Haji Din,Pegawai Penguatkuasa Iman dan Islam. Diberi amanah untuk memastikan kebersihan lahir batin bandar ini."
Apa? Bandaraya Kuala Lumpur dah jadi Bandaraya Mutmainnah? Jalan Chow Kit dah jadi jalan Mujahadah? Apa dia mutmainnah? Apa dia mujahadah tu? Apa yang terjadi ni? Soalan-soalan itu terus menyerang benak Datuk Dr. Johar.
"Pakcik, kami rayu pakcik membayar denda tadi. Kalau tak boleh sekarang, lepas sembahyang nanti pakcik laksanakanlah. Demi kebaikan pakcik dunia dan Akhirat..."
Tiba-tiba terdengar suara orang memberi salam dari jauh.Nyaring dan jelas. Seorang lelaki pertengahan umur berlari kepada seorang pegawai penguatkuasa.
"Tuan, hukumlah saya. Saya mengumpat tadi. Ya Allah ! seksa Neraka amat pedih..Tolonglah, tuan. Hukum saya di dunia sebelum saya di hukum di Akhirat!" rayu lelaki itu.
Pegawai tadi berpaling ke arah lelaki yang baru datang, dan kesempatan itu diambil oleh Datuk Dr. Johar. Ia lari sekuat-kuat hati.Peliknya mereka tidak mengejarnya. Ia terlepas ...Lega.Dahaga , lapar mula menggigit tekak dan perutnya. Dia mesti makan.Dia perlu minum. Tapi di mana? Tiba-tiba ia terdengar suara komputer dari sound system di tepi-tepi jalan :
"Assalamualaikum, kepada seluruh penduduk Kota Mutmainnah. Syed Al Abrar, hartawan besar berada di jalan Uwais Al Qarni. Dia merayu fakir miskin supaya sudi menerima sedekahnya. Hari ini ia menjamu nasi dan minuman. Sila datang!"
Datuk Dr. Johar orang besar Darul Ghurur itu tidak akan mencemar duli menagih nasi. Dia ada duit, mampu membelinya sendiri. Dia pun masuk ke sebuah restoran di tepi jalan. Di situ penuh dengan pelanggan. Semuanya berserban dan berjubah.Matanya tak betah lagi melihat semua itu.Tapi kerana lapar ia masuk juga.
"Maaf tuan, itu pintu masuk untuk wanita. Di sini untuk lelaki."
"Ceh! Diskriminasi, doubel-standard, lelaki dipisahkan daripada perempuan."Mukanya dicemekkan kepada tuan kedai yang menegurnya. "Ada restoran lain yang mengamalkan persamaan taraf antara lelaki dan perempuan? Saya tak suka pemisahan-pemisahan macam ni!".
Lelaki itu tersenyum. "Empat puluh tahun yang lalu adalah.Sekarang ni kita sudah bebas dan merdeka. Zaman penjajahan fikiran dan jiwa sudah berlalu. Tak ada diskriminasi wanita di sini, tuan. Amir Muhammad,pemimpin Darul Taqwa telah menaikkan taraf wanita tanpa Women's Libs.Kalau tuan ada isteri dan membawanya bersama, sila masuk ke sana. Di sana ada tempat khusus untuk makan bersama isteri dan anak perempuan,"terangnya. Mukanya jernih.Serban dan jubahnya serba putih.
"Ini bertentangan dengan prinsip demokrasi. Sistem pemerintahan kapitalis, sosialis, nasionalis malah komunis sekalipun tak macam ni..."
"Masya-Allah pakcik, jangan disebut lagi nama-nama ideologi tu. Semuanya telah termaktub sebagai ajaran-ajaran sesat dalam perlembagaan Darul Taqwa ini. Tak ada orang lagi yang berpegang dengan fahaman jahiliyyah tu... Subhanallah...." Keluh tuan restoran itu sambil mengurut-ngurut dadanya. Ekor serbannya bergoyang-goyang ketika ia manggeleng -gelengkan kepalanya.
Ah! Persetankan semua itu. Perut aku lapar. Datuk Dr. Johar pun duduk. "Nasi beriani sepinggan !"ujarnya kepada pelayan.
"Dalam pinggan, tuan?" tanya pelayan itu kehairanan.
"Ya ! Apa peliknya?",
"Baik,tuan.Tapi semua orang berebut-rebut pahala makan berjamaah. Tuan makan seorang ?" tanya pelayan berkulit hitam itu.
Dia tambah geram.direnung ke hadapan, iaitu ketempat orang menikmati makanan.Tidak ada meja makan hanya hamparan permaidani tebal dengan dulang-dulang indah yang tersusun rapi. Mereka makan satu dulang. Yek! Jijiknya. Ah! Aku tetap aku. Aku ada pendirian! Nasi beriani dengan ayam goreng kegemarannya terhidang di atas kain putih khas.
"Jemput makan dengan nama Allah yang memberi rezeki," kata pelayan itu dengan sopan.
Datuk Dr.Johar makan dengan seleranya. Dewan makan itu berhawa dingin lengkap dengan alat TV dan pita videonya sekali. Dia makan seorang diri bagai kera sumbang.
" Ya Allah, apa musibah yang menimpa ana Subuh tadi. Ana masbuk dalam sembahyang jemaah Subuh, " ujar seorang lelaki muda dengan wajah yang kecewa. Suapnya perlahan. Macam tak lalu makan saja
"Anta tak cuba tampung dengan amal makrufat yang lain ?"tanya sahabatnya di sebelah.Dia nampak simpati.
Datuk Dr. Johar pasang telinga saja. "Ana nak sedekahkan lima ribu ringgit ...malang nasib ana. Ana tunggu lima jam di tepi jalan tadi, seorang pun tak mahu terima sedekah ana " Keluhnya."Susah kita sekarang. Orang miskin yang bolot pahala redha, pahala sabar. Mereka patutnya bantulah kita.Tolonglah terima sedekah kita.Ah, susahnya jadi orang kaya macam kita ini. Dahlah nanti di Akhirat banyak hisabnya, Di dunia orang tak sudi pula terima sedekah kita.
Oh... keluh seorang yang sama-sama makan dengan lelaki muda tadi."Kalaulah kita hidup zaman moyang kita dulu, kan dapat kita korbankan harta yang banyak ini. Saya pun dapat harta ni melalui warisan daripada bapa, yang diwarisi oleh datuk saya daripada moyangnya. Kita tunggulah bila kerajaan nak bangunkan projek negara atau nak gunakan duit untuk kemaskinikan kementerian-kementeriannya.... saya nak labur habis-habisan. Biar jadi saham Akhirat," kata pemuda itu menutup perbualan. Mereka pun makan dengan perlahan -lahan.
Datuk Dr.Johar makin pelik. "Tambah nasi sepinggan lagi!" ujarnya kepada pelayan restoran.
"Demi kesihatan tuan, saya nasihatkan ... berhentilah sebelum kenyang.Maaf tuan saya terpaksa mengatakan demikian. Saya pelayan kedai merangkap pegawai perubatan ....," kata pelayan itu lagi.
"Apa? Awak pegawai perubatan? Seorang doktor ke? Kelulusan luar negeri atau dalam negeri? Awak sepatutnya bertugas di hospital, bukan di restoran!" bentaknya. Marah campur geram.
"Tuan, mana ada hospital sekarang.Yang ada khusus untuk bayi, kanak-kanak dan wanita, juga para mubaligh dan mujahid yang cedera ketika berjuang. Tuan, kalau tuan amalkan makan hanya bila lapar dan berhenti sebelum kenyang, tuan akan sihat, insya-Allah. Kita tak perlu hospital!
"Bodoh, kalau macam tu, macam mana nak rawat pesakit kencing manis macam aku ini ?" leternya perlahan-lahan.
"Penyakit kencing manis? Tuan menghidapnya? Saya ada baca buku perubatan edisi tahun 1990 dulu. Sekarang penyakit tu dah tak ada siapa menghidapnya....."
"Batalkan saja oder saya tadi, banyak sangat cakap, boring. Saya perlu hiburan sekarang ...Di mana boleh saya dapati ?" tanyanya.
"Di sana, tuan. Melalui butang pada sistem komputer di sebelah sana, tuan boleh dapat apa saja hiburan yang menyegarkan. Tak payah risau pasal bil. Percuma.
Datuk Dr. Johar, orang besar negara, melangkah hebat ke tempat yang ditunjukkan. Berbagai -bagai butang dengan bermacam warna berkelip-kelip. Sangat rumit tapi kekeliruan itu dapat disembunyikannya. Dia malu kalau-kalau dengan pakaian jenama Pierre Cardinnya ia masih kelihatan kolot.. Entah di mana falsafah moden Datuk Dr. Johar. Pada pakaiannyakah atau otaknya? Diberanikan hatinya; satu butang warna hitam ditekan . Dalam skrin timbul tajuk besar- KHAUF. Apa bendanya ni? Kemudian menyusul nama-nama lagu: MATI ITU TERLALU SAKIT, ALAM BARZAKH YANG PASTI, MIZAN NOKTAH PENYESALAN , IZRAEL DATANG TIBA-TIBA Oh...Oh ... seram sejuk tubuhnya. Apa nama lagu macam ini? Biarlah menaruh harapan sikit.
Hatiku macam kristal, boleh pecah dengan lagu-lagu macam tu. aku belum nak mati lagi, protes hati Datuk Dr.Johar.
Dia beralih ke butang hijau tanpa lengah terus menekannya. Tertera di atas skrin komputer: RAJA'. kemudian tersembul tajuk-tajuk lagu. Dibacanya dengan teliti... FIRDAUSI MELAMBAIMU, DEMI CINTA DAN RAHMAT-NYA, KEINDAHAN JANNAH YANG ABADI.. Kepala datuk Dr. Johar makin pusing. Semuanya tentang Akhirat. Apa nak jadi ni? "Tak ada lagu yang hot sikit ke?" tanyanya kepada seorang anak muda berjubah coklat di sebelahnya.
"Nanti ya pakcik . Saya pilihkan lagu yang paling hot sekarang ni.Top-hit anak-anak muda sekarang..."
"Ya, ya saya setuju," balas Datuk Dr. Johar. Telinganya dihalakan kepada sistem suara di dinding restoran itu. Dia ingin dengar lagu-lagu kegemaran muda-mudi daerah asing itu.
Ayat suci Al-Quran a... "Eh ...ni suara orang mengaji,"
"Nanti dulu pakcik,selepas ni ada terjemahannya kemudian baru menyusul lagunya," kata pemuda berjubah cokat itu sambil matanya di tutup rapat-rapat. Asyik sekali dia.
Kemudian getaran suara bergema
.... Cintaku berlabuh di persada rahmat-Mu
mendamba kasih yang tidak berhujung
mengutip sayang di hamparan cinta suci.
Inilah getaran hatiku memburu cinta.......
stanza hati merindu Ilahi!"
Datuk Dr. Johar tak tahan lagi. Ia merengus dan pergi ke kaunter bayaran.
"Maaf tuan, duit ini duit lama. Kalau tuan tak mampu bayar kami halalkan sajalah ..."
Datuk Dr. Johar makin geram. Dia menderam dan berkata " Saya bayar dengan kad kredit saja!" Dia hulurkan kad kredit warna keemasannya.
"Maaf sekali lagi, tuan. Kad kredit ini bukan yang boleh kami terima, kami halalkan sajalah."
"Tak, pantang saya minta sedekah. Saya ada harta simpanan berbungkal-nungkal emas di bank. Takkan saya nak bawa, nanti disambar pencuri."
" Darul Taqwa tak ada pencuri, tuan. Pencuri terakhir telah dipotong tangannya 30 tahun yang lalu ketika minta dihukum di hadapan hakim kerana takutkan seksa Neraka."
"Ah, aku tak nak dengar semuanya.makin gila aku dibuatnya," pekik Datuk Dr. Johar lantas meluru keluar dari restoran itu. Di luar,semua pandangan menyakitkan hati. Mengapa orang kolot ini mentadbir teknologi begini tinggi.
Pemandu bullet train berserban merah tersenyumkepadanya. Pilot helikopter dengan tulisan 'MAKRUFAT AIR TRANSPORT' sibuk dengan urusannya. Di seberang jalan tertegakpapan iklan dengan tulisan yang jelas :" KELUARGA BAHAGIA GEMBIRA DENGAN SUNNAH ". Di papan itu terpampang gambar seorang lelaki dan perempuan berserta anak-anak meraka. Semuanya berserban, berjubah dan berpurdah.
Isy,meluatnya! Di jalan-jalan raya suasana meriah dengan salam dan senyum. Baginya,semua itu seolah-olah menyindir dan mengejek. Kenapa jadi begini? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Mengapa? Mengapa? Mengapa? Datuk Dr. Johar tiba-tiba menjerit. Tekanan dalam jiwanya yang kian tersumbat itu tiba-tiba meletus.
"Datuk..!Datuk..! Bangun, Datuk. Ada berita buruk !"
Datuk Dr.Johar bangun. Ia tertidur sewaktu menunggu keputusan pilihanraya hari itu.
"Kenapa? Parti kita kalah? Aku kalah? "tanya Datuk Dr. Johar.
"Tidak, Tuk. Rakyat bangun memprotes. Mereka tak mahu demokrasi.Mereka tak mahu pilihanraya..."
"Habis, mereka mahu apa?"
"Mereka mahu Islam, Datuk!"
"Islam ? " keluh Datuk Dr. Johar. Digosok-gosok lagi matanya.

"ISLAM KAN TETAP DIJULANG WALAUPUN IA DITENTANG..ITULAH JANJI ILAHI"

16 April 2007

MAMPUKAH AKU??

Aku ingin menjadi SITI KHADIJAH yang agung, sebuah cinta yang memperjuangkan hartanya ke jalan fisabilillah; sebagai SITI AISHAH abdi dalam setia tiasa rasa payah; seperti puteri solehah SITI FATIMAH, akur tanpa lelah setiap perintah; dan bukannya aku ingin menjadi penggoda dari sejarah SITI ZULAIKHA sewaktu menjadi marah; aku ingin mengutip serpihan sabar yang menyerlah dari catatan hidup SITI HAJAR, mengendong puteranya yang masih merah ditengah terik padang pasir merekah; relakah aku menjadi wanita solehah yang rela mati dalam KEUNGGULAN IMAN terpancang gagah bagai harumnya pusara MASHITAH.

Aku ingin menjadi ABU BAKAR, menjalin agung sebuah persahabatan, bersedia berkorban demi kebenaran; sebagai UMAR, berdiri tatkala tunduknya manusia, bersuara tatkala diamnya mereka; seteguh IBNU ZUBAIR, yang setia menahan panahan Hajjaj, bersama si ibu tua, lantas mati dalam dakapan sejarah; seteguh pemuda GHIFFARI, menentang kezaliman walaupun diancam. Aku ingin menyulam kerendahan hati YUSUF yang memaafkan saudaranya, walau bertemankan kegelapan di perigi tua; serta tawakal IBRAHIM ketika meninggalkan insan tercinta di bumi tandus tanpa bicara; inginku semai benih iman AL-BANNA yang merelakan tubuhnya dimamah peluru; serta senyuman AL-QUTB ketika berdepan dengan tali maut; lantas terukir keharuman di pusaraku, bagai harumnya pusara ASHABUL UKHDUD..

27 February 2007

FAISAL MUSA

Dia jarang menghasilkan karya yang saya tidak gemari. Malah sejak 3,4 tahun kebelakangan ini, dia semakin serius memartabatkan Islam dalam karya-karyanya. Penyampaian dalam bentuk yang amat kreatif tetapi sangat bermesej, terlalu sinis juga kadangkala!
Dia tidak lagi asing bagi saya. Malah ketika menyelami dasar karya-karyanya saya seperti begitu memahami akan matlamat dan hala tuju hidupnya. Mungkin kerana kami mempunyai banyak persamaan dari segi itu. Bahkan bukan saya dan dia sahaja, tetapi juga dikongsi oleh ramai lagi umat Muhammad di luar sana, di serata pelosok dunia. Saya amat yakin tentang ini!
Mahu terus mengingati setiap hasil karyanya maka saya coretkan disini ringkasan novel-novel beliau yang saya gemari. Kerana saya pastinya tidak mempunyai banyak masa untuk mengulang baca keseluruhan cerita-cerita 'bombastic' belia
u..

1511H [KOMBAT]
Faisal Tehrani

Mendengung, menjunam, menyengat. Lebah sempat menggodekkan ekor merenung sebelum terbang. Tuan presiden rebah, kejang, terus koma.
Kombat 1511H. Ini zaman depan, tahun 2087 Masihi yang menuntut perang cara teknologi.

Bio-bots lipas dan belalang melitup langit dalam awanan aneh mengepak, menyerak gelombang. Satelit kucar-kacir, komputer huru-hara, radar kacau-bilau.

Cyborg, cypher, sarcos, Ababail, Mikraj, hydrogen sianida, mikrob pemakan logam, laser, segala macam lagi yang dipacu teknologi, teknologi, teknologi.

Syarifah Nusaybah, dia hartawan global, strategis licik yang jasadnya sentiasa diburu peluru, yang tahu kejayaan harus dibina dengan teknologi, bahkan sungguh-sungguh percaya kejayaan yang puncak adalah dengan futuwwah.
Etika yang mencuci jiwa, memperteguh roh: Bahawa manusia semata-mata hamba Tuhan. Semata-mata.

Tunggu Teduh Dulu
Faisal Tehrani

Kata Salsabila Fahim, ini cerita kecil, cerita sederhana tentang dia lari berteduh di bangsal di puncak bukit bersama Kamil dan Lam Ping Hai ketika hujan mula gerimis. Kata aku, ini perkara besar, hal berteduh sementara duga datang mencuba bukan hal main-main.

Kata Teh Sofia, ya kerja Tuhan siapa tahu?
Kata aku, Tuhan akan menunjukkan kepada siapa yang mencari. Ya, asal kau mahu mencari.
Dia menunjukkan.
Apa kata kau?

Advencer Si Peniup Ney
Faisal Tehrani


Hedonis. Begitu definisi kaum di negeri jauh itu. Landas hidup hanya untuk berseronok-seronok, bermewah-mewah, lazat, lazat, lazat. Berpantang arah tujuan, terlarang segala fikiran. Ya, aliran hedonisme menjunjung kelazatan dan puja-pujaan; emm, cita rasa, cita rasa!

40 remaja berwajah amat berseri-seri mengundang Sulaiman Hilmi yang bermata biru hijau berbalam, yang berwajah cahaya. Bersama mereka menunggang awan, memacu ombak menuju ke negeri jauh, membawa salam kesejahteraan. Demi menyahut panggilan Cinta. Menyerah buat dibakar api Cinta. Merawat duka rawan rindu kepada Cinta:

Bahawa yang paling seronok, paling mewah, paling lazat ialah kelazatan menunaikan janji abadi: Bawaha Dia itu Satu. Tempat bergantungnya segala sesuatu. Tumpuan hidup dan mati dan hidup lagi sesudah mati.
Dia Sumber Cinta, Pencipta Segala Rasa.