04 September 2010
rasa cam nak terbang
29 April 2010
Berbakti selagi mereka masih ada...

Ibu...
Ibu…
Engkaulah ratu hatiku…
Ketika kuberduka..engkau menghibur selalu…
Hati saya selalu tersentuh apabila mendengar lagu iklan ini di kaca televisyen. Sejak kebelakangan ini banyak masa saya habiskan bersama mama tersayang. Terlantar di katil tidak mampu berjalan segagah dulu dan bercakap seramah dulu sentiasa membuatkan hati saya sayu. Disahkan mengidap kanser paru-paru dua tahun lalu, hidup mama berubah serta-merta dengan hospital menjadi rumah kedua dan pelbagai ubat-ubatan menjadi makanan harian yang wajib diambil. Mama tabah menerima dugaan ini, puas berikhtiar ke sana ke mari mencari penawar, banyak wang ringgit telah dihabiskan, dan selebihnya kami hanya bertawakal kepada Allah swt Tuhan sekalian alam.
Dunia sekarang sudah terlalu banyak disajikan dengan pelbagai berita tentang sikap buruk anak-anak terhadap ibu bapa. Bukan setakat berkasar atau ‘membuang’ mereka malah ada yang sanggup membunuh insan yang telah melahir dan membesarkan mereka. Benar, ini salah satu petanda akhir zaman, tapi saya sukar untuk mengerti bagaimanakah perasaan orang-orang yang sanggup memperlakukan ibu bapa sendiri seperti sampah terutamanya apabila mereka telah berjaya dan ibu bapa pula lanjut usia. Ada pelbagai sebab mengapa anak-anak memperlakukan ibu bapa sedemikian rupa. Antaranya ialah lupa diri, dipengaruhi oleh tekanan dek kehidupan semasa yang makin mencabar atau berada di bawah paras sedar seperti ketagihan dadah.
Kebanyakan anak-anak tidak betah menjaga dan membelai ibu bapa yang telah berusia sebagaimana mereka menjaga dan mendidik kita sedari kecil sehingga dewasa. Statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat menunjukkan peningkatan bilangan warga emas yang menghuni pusat-pusat kebajikan masyarakat dan apa yang lebih menyedihkan ialah lebih 30% daripada mereka dihantar oleh anak kandung mereka sendiri. Seramai 1,714 warga tua mendiami sembilan buah Rumah Seri Kenangan kelolaan Jabatan Kebajikan Masyarakat di seluruh negara pada tahun 2001 dan jumlah ini bertambah kepada 1,829 pada tahun 2003 dan 1,827 pada tahun 2005. Untuk tahun 2005, daripada jumlah 1,827 warga tua yang dihantar ke pusat jagaan orang tua, 751 orang terdiri daripada kaum Melayu, 558 orang adalah kaum Cina, 507 adalah India dan selebihnya seramai 11 orang adalah daripada lain-lain kaum.
Bagi mengatasi masalah pengabaian anak-anak terhadap ibu bapa sesetengah negara lain di Asia telah menggunakan kaedah undang-undang bagi memastikan anak-anak bertanggungjawab menjaga ibu bapa masing-masing. Contohnya, Singapura telah menggubal Akta Penanggungan Ibu Bapa (APIB) 1995, diikuti Filipina dengan Akta Pembiayaan Ibu Bapa 1998 dan India merangka Rang Undang-Undang Penanggungan dan Kebajikan Ibu Bapa dan Warga Emas (RUPKIBWE) 2006 (Razak, 2007). Melalui peruntukan undang-undang ini, ibu bapa yang teraniaya dan tidak mendapat pembelaan sewajarnya daripada anak-anak boleh mendapatkan keadilan di mahkamah (Ramasamy, 2007). Setakat ini Malaysia belum lagi melangkah sejauh itu untuk membela nasib golongan warga emas di negara ini.
Bagi saya terutamanya untuk kita yang beragama Islam, kita sudah pun mempunyai undang-undang yang termaktub di dalam Al-Quran sejak lebih 1400 tahun dahulu untuk menjaga dan mengasihi kedua orang tua kita. Allah swt berfirman :
“Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: “Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku sewaktu kecil”.(Surah Al-Israa: 23-24)
“Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepada-Kulah kembalimu” (Surah Luqman: 14)
Umumnya ibu bapa tidak pernah meminta segala wang ringgit, penat lelah dan kasih sayang yang mereka telah curahkan pada kita untuk dibalas. Cuma di kala usia senja atau dalam keadaan lemah dan sakit mereka cuma mengharapkan secebis perhatian dari anak-anak untuk menumpang kasih. Sesungguhnya pengorbanan dan kasih sayang mereka terhadap kita adalah sangat ikhlas dan tidak bersyarat, dan jika hendak dihitung dengan ukuran wang ringgit pastinya kita tidak akan pernah mampu untuk membalas segala jasa mereka. Bayangkan mereka membesarkan dan mendidik kita dari bayi hinggalah dewasa, berpuluh-puluh tahun mengutamakan kepentingan kita dari kepentingan mereka sendiri, sanggup berlapar dan berletihan asalkan kita kenyang dan selesa, tetapi apabila mereka memerlukan sokongan kita walau hanya untuk seketika kita tidak mampu meluangkan masa kita untuk memberi sedikit kebahagiaan kepada mereka. Alangkah kejamnya kita..!
Merenung wajah cengkung mama di kala beliau tidur bertemankan ubat penahan sakit steroid dan morfin, saya selalu tertanya sendiri adakah saya sudah cukup menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang anak? Terlalu besar erti pengorbanan mama dalam memberikan saya ‘kehidupan’ ini malah sehingga saat ini beliau masih lagi mahu ‘memberi’ selagi hayat dikandung badan. Kata-kata semangat dan nasihat tidak pernah kering dari bibirnya untuk saya mengukir kejayaan dalam pelajaran dan kehidupan ini. Beliau tidak pernah meminta apa-apa daripada saya dan adik-adik tetapi saya boleh merasakan perbezaan riak wajahnya di kala kami menemaninya makan atau berehat di kamar sakitnya. Buat mama yang saya kasihi sepenuh hati, tiada apa yang mampu saya lakukan selain berdoa agar Allah swt memberi mama kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian ini dan semoga Allah swt mengampuni segala dosa mama dan meredhakan syurgaNya buat mama InsyaAllah. Jauh di sudut hati kecil saya, saya berikrar akan terus menjaga mama semampunya kerana Rasulullah saw pernah bersabda, keutamaan berbakti kepada kedua ibu bapa adalah melebihi berjihad di jalan Allah swt:
Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah bin Mas’ud beliau berkata: “Aku bertanya kepada Nabi s.a.w, amalan manakah paling disukai Allah SWT? Baginda menjawab, solat pada waktunya. Saya bertanya lagi, kemudian apa? Baginda menjawab, kemudian berbakti kepada kedua orang tua. Saya bertanya lagi, kemudian apa? Baginda menjawab, jihad pada jalan Allah.” (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
Rujukan:
Al-Quran dan hadis
Jabatan Kebajikan Masyarakat, www.jkm.gov.my
Ramasamy C. (2007) Menangani Masalah Anak Abaikan Ibu Bapa; Hukum Si Penderhaka?. Harian Metro, 17 Mac
Razak M. S (2007) Berbaktilah kepada ibu bapa, http://mohamadsofee.blogspot.com/2007/04/trend-menghantar-ibu-bapa-yang-telah.html
07 July 2009
Interview UiTM Dungun
03 June 2009
Backdated: kisah sepanjang 2008
Sebulan pertama balik ke Malaysia hari-hari saya dipenuhi dengan urusan mencari kerja. Target, dalam 1-2 bulan saya dah nak ada kerja tetap. Alhamdulillah Allah memang sangat memudahkan urusan ini, 2 minggu selepas balik ke Malaysia saya sudah pun memulakan kerja pertama di MKM (lihat entry sebelum), jawatan kontrak pegawai latihan. Sambil-sambil itu saya masih lagi menghantar resume ke organisasi lain. Antara yang dipanggil untuk interview ialah CIMB, SC dan Felda. Saya baru dipanggil CIMB untuk assessment peringkat ke3 (semua ade 4 peringkat) bile SC dah pun offer untuk jawatan GME dgn tawaran gaji dan kemudahan yang agak menarik. Alhamdulillah. Lagipun masa tu saya tengah doubt boleh tak kerja kat bank sbb takut involve direct dengan riba’. Dah tanye ustaz, ustaz kate kalau ade pilihan lain lagi bagus. Alhamdulillah after istikharah saya nekad hantar surat berhenti kerja kat MKM (cuma bertahan sebulan jer) utk terima tawaran SC, start kerja 3 March 2008.
Dua minggu pertama kerja mama hantar dan ambil saya pergi balik sebab saya tak familiar dgn jalan lagi. First day jer diberi peluang ‘berehat’ di pejabat, memang takde kerja langsung, cuma berkenal-kenalan dgn colleagues yg nampak mcm tgh ‘busy’ sangat. Hari kedua baru saya dipanggil supervisor untuk berkenalan dengan lebih lanjut dan diexplainkan tantang scope kerja saya. Alhamdulillah supervisor seorang yang sangat sporting dan open. Saya boleh bercakap dengan telus apa yg ok dan apa yang saya rasa tak ok pasal kerja. Selepas seminggu kerja saya makin banyaakk, masuk 8.30am balik biasanya lepas maghrib.
Sebulan kerja kat SC, sekitar April 2008 mama tiba-tiba di diagnosed menghidap kanser paru-paru stage 3B (semua ade 4 stage). Mula-mula mama rasa sakit2 belakang, pergi klinik, doktor bagi ubat sakit sendi/urat. 3 kali pergi tak de perubahan baru doktor suruh buat x-ray, tengok-tengok ade banyak air dlm paru2 mama (tu yang rasa sakit2 belakang). Doktor terus refer to hospital utk buat further test. Mula-mula pergi hospital PPUM mama kena tahan kat wad for a few days sbb nak buat test utk diagnose ape penyakit die. Doktor suspect sama ada, tibi, virus infection or cancer. Buat CT scan dan biopsy. Saya nak teman mama tidur kat wad mama tak bagi sbb takut saya susah dan lambat pergi keje sbb saya baru sebulan start keje, and mama suruh jaga Aslam (adik bongsu, darjah 6) kat rumah. Hari ke3 kat hospital result ct scan confirm mama menghidap kanser paru-paru. Menitis air mata mama mendengar berita itu. Tak sangka pun ada sebab selama ni mama takde sakit ape-ape. Kami berada di samping mama, semuanya bersikap tenang. Hafiz baru dpt result SPM yg cemerlang, dlm proses utk pergi interview scholarship. Aslam akan hadapi UPSR hujung thn ni. Nazlin di Moscow tgh 5th yr medic dan Yazid di Jepun 2nd yr engineering. Papa org yg paling tabah, setia menjaga dan menemani mama, tak pernah merungut walau sepatah kata.
Hari-hari selepas itu, kami selalu berulang ke hospital. Cancer mama tak boleh buat operation sbb dah masuk advanced stage, so doctor bagi option utk buat chemotherapy. Mama dgn beraninya tanye brp lama lagi chances hidupnya, doctor berat hati ckp kalau tak buat chemo btw 6-9months lagi, kalau buat chemo may be boleh last 1-2 yrs lagi. Apa-apa pun bergantung pada kekuatan mama melawan penyakit ni.
Mama dan papa decide tak nak buat chemo lagi, nak cuba cara alternative dulu. Banyak duit dihabiskan utk belanja ubat dan makanan mama. Mama makin kurus sebab kena pantang makan, berat badan jatuh mendadak. Ubat berpuluh jenis kena makan setiap hari. Belanjanya tak usah cakapla. Beberapa kali mama kena masuk wad sebab nak buang air yang memenuhi paru-paru. Paling lama kena tahan 11 hari kat wad, sy teman mama tidur di hospital kali ini sbb mama susah nak bergerak ke bilik air sebab ada wayar dan tabung air attach kat badannya. Balik ofis, sy singgah ke rumah ambil barang2 yang patut, terus ke hospital menggantikan papa yang teman mama pada waktu siang. Papa balik rumah utk take care Aslam pulak. Pagi esok dari hospital saya akan singgah rumah untuk mandi dan terus ke pejabat. Alhamdulillah jarak hospital-rumah cuma dlm 15km shj. SC pulak agak flexible masuk kerja pukul berapa, paling lewat pukul 9am tapi kena balik pun lewat jugak.
Dalam kesibukan kerja dan menjaga mama, saya juga sibuk menguruskan persiapan majlis pertunangan. Kami decide untuk bertunang dulu sebab belum ada kata putus bila nak diadakan majlis walimah kerana adik2 sy masih di overseas. Alhmdulillah majlis pertunangan ringkas berjalan lancar pd 24 Mei 2008 di kampung saya di Kelantan. Semua sanak saudara datang berkumpul, keluarga pihak lelaki dtg 5-6 kereta, hantaran 7 berbalas 9. Terima kasih pd sahabat saya Seri yang tolong menggubah hantaran sebelah saya. Mama mengagahkan diri, tersenyum sepanjang majlis, pipi kemerahan yg amat akibat rashes effect makan ubat. Sy memakai jubah dan tudung kelabu yang memang telah lama ada, baju raya beberapa tahun lepas. Tak sempat saya nak memikirkan utk menyediakan baju baru untuk majlis ini. Biarlah seringkas mungkin, itu impian saya.
Jun 2008, Hafiz yg mendapat tawaran JPA utk melanjutkan pelajaran ke US terbang ke sana dengan restu mama dan papa. Mama, papa, saya dan Aslam menghantar Hafiz di KLIA. Seperti biasa mama akan mengagahkan dirinya utk turut berada bersama di sisi anak-anaknya memberi dorongan ketika setiap seorang daripada kami nak fly ke overseas.
Jun 2008 juga keadaan kesihatan mama semakin membimbangkan. Atas nasihat Nazlin dan En Lokman pengamal perubatan Darul Syifa’, mama dan papa bersetuju untuk buat chemotherapy. Di samping itu, ubatan alternative dan pantang makan masih juga diteruskan. Doktor dah plan 4 cycle chemo utk mama, 8 kali injection ubat. Setiap kali injection ubat chemo kalau tiada komplikasi boleh balik ke rumah. Alhamdulillah setiap kali injection mama dibenarkan untuk balik berehat di rumah.
Hujung Jun 2008 keluarga tunang saya mencadangkan utk diadakan majlis walimah pd thn ini memandangkan 2 org adik, nazlin dan yazid akan pulang bercuti pd July-Sept ini. Cuma Hafiz seorang yang mungkin tidak berkesempatan utk berada bersama jika majlis diadakan thn ni kerana Hafiz baru shj terbang ke US. Selepas perbincangan demi perbincangan diadakan, mama dan papa akhirnya bersetuju walaupun dgn berat hati utk mengizinkan saya berkahwin pada tahun ini juga. Saya berjanji akan menguruskan segala persiapan perkahwinan sendiri. Bulan Ogos dipilih kerana Nazlin dan Yazid akan berada di Malaysia utk bercuti, Dewan Melawati Tabung Haji di Kelana Jaya ditempah malam Jumaat 22 Ogos kerana itulah satu-satunya tarikh dewan itu masih available. Saya tak nak buat kenduri di rumah kerana akan menyusahkan mama dan papa. Segalanya dibuat di dewan, makanan di sediakan oleh pihak catering Tabung Haji, baju dan persiapan dewan saya tempah daripada butik Ambang Kasih di Ampang. Tema maroon putih sy pilih kerana saya amat menggemari gown kahwin warna putih dgn bunga ros merah.
Alhamdulillah masjlis akad nikah berjalan lancar pada sebelah pagi, Jumaat 22 Ogos 2008. Selepas sesi marhaban oleh kaum muslimah, keluarga sebelah lelaki sampai lebih kurang pukul 10am. Dengan sekali lafaz, alhamdulillah saya sah bergelar isteri, dan tentunya satu amanah dan tanggungjawab besar yang baru tergalas di bahu. Acara resepsi pada sebelah malam juga berjalan lancar, Alhamdulillah, walaupun hujan lebat turun beberapa jam sebelum majlis berlangsung. ’Appointed emcee’ yg sepatutnya mengacarakan majlis tidak sempat hadir kerana terperangkap di dlm kesesakan lalulintas akibat hujan lebat di Kuala Lumpur. Nak luruh jantung saya bila mendapat tahu tentang ini, namun Alhamdulillah Allah masih memudahkan urusan saya untuk mencari pengganti emcee dlm masa yg singkat. Farah, rakan adik sy yg baru sy kenali sudi untuk mengacarakan majlis yg tidak seberapa. Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan saya waktu itu, dgn skrip yg hanya sempat saya coretkan beberapa jam sebelum majlis (tak sempat fikir panjang2, ayat bunga2), slideshow yg tak sempat saya buat atau suruh org buat, pakcik Bir yg tak sangka saya benar2 serius mahu dia membacakan doa untuk majlis sehingga dia sgt nervous ketika mendoakan kami! etc. Mahu bergenang air mata saya kelelahan menguruskan majlis ketika di bilik persalinan, saya tahan supaya tidak merosakkan makeup yang telah dipalit di wajah saya. Saya cuma berharap Allah yg maha Besar memberkati perkahwinan kami dan majlis kami. Semoga Allah merahmati kami sekeluarga dan mengurniakan kami mawaddah wa rahmah hingga ke akhir hayat sana, insyaAllah.
Alhamdulillah perkumpulan sanak saudara di rumah amat menggembirakan kami sekeluarga. Mama sedikit sebanyak agak terlupa dgn penyakitnya, gembira bertemu dgn sanak saudara yg sudi datang dari Kelantan, dan juga sahabat2 rapat mama yg sudi datang dari Pulau Pinang. Terima kasih yang tidak terhingga saya ingin ucapkan kpd seluruh ahli keluarga saya yang mengizinkan saya berkahwin seawal ini dan turut sama membantu persiapan majlis perkahwinan saya. Terima kasih kpd semua sanak saudara yang sanggup bersusah payah datang dari jauh. Terima kasih kepada sahabat handai yg sudi dtg memeriahkan majlis sama ada jauh mahupun dekat. Dan yang terutamanya terima kasih kepada suami tercinta Muhammad Ikhwan Ilias kerana sudi memperisterikan saya, juga membimbing dan mengasihi saya sepenuh jiwa. Semoga Allah terus memberi hidayah dan kekuatan kpd kita utk terus bertatih di jalanNya insyaAllah...
27 February 2008
My first job!=)
Tika merenung kembali, bermuhasabah tentang diri, saya seolah takut dengan bayangan sendiri. Terlalu tinggi expectation environment sekeliling terhadap insan kerdil seperti saya. Terlalu tinggi penghormatan yang mereka berikan kepada insan lemah seperti saya. Terkedu. Jika hanya dengan penguasaan Bahasa Inggeris yang sedikit baik daripada mereka boleh membuatkan saya dikenali dan dihormati dengan mudah, apatah lagi jika kita memiliki kualiti agama yang lebih daripada mereka?.Kerana kualiti agama merangkumi kualiti segenap segi kehidupan..berpersonaliti unggul, berakhlak menawan, berfikiran tajam, ringan hati membantu insan sekeliling..sebutlah apa sahaja..semuanya dirangkumi agama, kerana agama adalah cara hidup yang patut kita hidupkan dalam kehidupan seharian.
Seharusnya, ini yang perlu saya tonjolkan. Mereka memuji awk bagus dalam itu dan ini. Tetapi saya ingin mereka tahu yang saya bagus dalam itu dan ini kerana itu adalah tuntuan kehidupan saya, tuntuan dalam agama saya…
Wallahu’alam. Semoga diri ini terus istiqamah untuk cuba memberi yang terbaik. InsyaAllah.
MKM Petaling Jaya