20 October 2006

Bali bombers

Alhamdulillah seperti biasa saya dan ahli2 village lain sentiasa diberi keizinan oleh Allah swt untuk berterawih di Adelaide Mosque. Kami berjalan kaki beramai-ramai..lalu tiga atau empat back streets jerr dah sampai..tak sampai 12 minit berjalan kot kalau berjalan phase saya (^_^)..lorong2 walaupun gelap tidaklah berbahaya pada pandangan saya..tak ramai pun org Aussie yg keluar pd waktu malam..tidak seperti di negara tercinta sana..mama ckp kalo kat Msia buat mcm ni adalah agak kurang selamat..:(
Sedikit pengalaman yg ingin dikongsi semasa dalam perjalanan pulang ke hostel setelah habis berterawih..pada suatu malam dlm minggu lepas..kami berjalan beramai-ramai (masa tu ade dlm 6/7 org kot) seperti biasa..sampai kat satu simpang ni kami terserempatk dengan seorang pakcik nih..kami terus berjalan seperti biasa..nak kata takut, kami ramai..so memang tiada perasaan apa2 langsung masa terserempak dgn dia tadi..tetiba selepas 2/3 langkah kami menapak ke depan lagi, dia berkata-kata dgn agak kuat..Bali bombers!..Bali bombers!..dan saya yakin yang amat bahawa dia menujukan kepada kami.
Kami tidak ambil perhatian..dan terus melangkah ke hadapan.
Subhanallah..begitu sekali pandangan mereka terhadap kebanyakan org yg berpenampilan Muslim..rasa marah?..tidak sekali-kali. Malah bersyukur kerana dengan penampilan kami sebegini dapat sedikit sebanyak memperkenalkan bahawa kami adalah Muslims..
Teringat dengan pertemuan dengan Syeikh Sulaiman di Al-Khaleel Mosque suatu ketika dulu..kami bertanyakan pandangan beliau tentang isu2 yg digembar-gemburkan memburukkan nama Islam eg Sept 11, Prophet Muhammad's cartoon, bombing cases...beliau memberikan jawapan yg membuatkan saya agak terkesima..Buat apa kita nak risau2 pasal isu2 ni..malah kita harus berterima kasih dan bersyukur kerana dengan isu2 ini telah banyak memperkenalkan Islam ke peringkat antarabangsa. Subhanallah..amat benar sekali..jika dulu Islam terlalu asing di sesetengah negara, kini Islam sentiasa disebut2..org yang tak pernah tahu pasal Islam cuba untuk ambil tahu..mereka mencari-cari..(alhamdulillah dgn sikap mereka yg amat bertamadun, they always seek for the truth:)
Dan kini Islam is the fastest growing religion in the world, termasuklah di negara yg paling memusuhi Islam iaitu Amerika Syarikat sendiri..cantikkan perancangan Allah?

No comments: