22 October 2006

Salam aidilfitri

Aidilfitri menjelma lagi..1427 Hijrah..tahun kedua (dan mungkin yg terakhir) saya beraya di bumi tercinta Adelaide..tahun pertama saya sempat pulang ke tanahair sehari sebelum Syawal tiba, tahun lepas bersama rakan2 menyambutnya dengan penuh cabaran kerana kesibukan menghadapi hari2 menjelang peperiksaan, dan tahun ini..
Saya mengharapkan Syawal 1427H tidak sama dengan tahun2 yg sebelumnya..moga-moga 1 Syawal saya kali ini tidak sama dengan 1 Ramadhan yg lalu..moga-moga 29 hari di antaranya telah terisi sepenuhnya dengan amalan2 yg mendekatkan saya dengan Pencipta teragung saya, dan paling penting moga2 Dia menerima dan meredhai segala amalan dan doa2 saya. Moga-moga dengan segala amalan tersebut telah menjentik keimanan saya agar tidak berada di tahap yg sama seperti detik sebelumnya, menjana ketakwaan yg tak berbelah bahagi pada Rabbul 'Alamin. Moga2 dengan kehadiran 1Syawal ini saya telah bersedia untuk menuju puncak keimanan dan ketakwaan padaNya. Semoga Dia redhakan syurganya dan jalan menuju ke syurgaNya buat kita..Ameen.

Salam Aidilfitri 1427H

Maaf Zahir & Batin
Sedikit titipan sempena Aidilfitri yang begitu terkesan di hati saya, dan harapnya di hati kalian juga..http://www.saifulislam.com/zikirfikir.html

No comments: