07 October 2006

Berehat??

Alkisahnya sebuah cereka benar..

Alhamdulillah cuti musim bunga lalu menghadirkan peluang buat saya untuk bertemu dengan seorang yg sangat saya hormati. Dia adalah seorang Muslim seperti anda dan saya. Cuma bezanya, bapanya memiliki sekeping tanah di Palestina..
InsyaAllah akan saya ceritakan pengalaman2 menarik beliau semasa di Palestina dlm entri2 yang akan datang..

Cuma..salah satu perkara menarik yg paling terkesan di hati saya dlm pertemuan kami selama setengah hari itu ialah akhi ini tidak pernah mengenal erti REHAT! Perjalanan program kami bermula jam 9pagi..dan saya diberitahu oleh penganjur bahawa majlis akan tamat lebih kurang pada jam 3 petang. Almaklumlah bulan Ramadhan..harus pulang lebih awal sedikit ke rumah kononnya..

Jika diikutkan kehendak akhi ini mahu saja dia berceramah hingga jam 10 malam. Mungkin dia memikirkan peluang dan masa yang amat terbatas di Malaysia saya kira. Dan entah bila lagi beliau akan sampai ke negara ini lagi. Tambahan pula beliau berhadapan dengan tenaga penggerak dakwah di Malaysia..bukan calang2 orang..Orang2 yang nak menggerakkan ummah ini perlu menerima sebanyak mungkin titipan2 berharga yang tidak mungkin dapat dikutip melalui buku-buku atau media masa.

Tengah perjalanan program, mungkin kerana nampak sedikit kelesuan di wajah para audience, pihak penganjur meminta untuk berehat sebentar atau 'take five'. Saya dapat kesan sedikit perubahan pada wajah akhi ini. Pelik benar baginya agaknya untuk berehat-rehat. Juga mungkin tidak pernah sepanjang beliau tinggal di Palestina dan Lubnan untuk orang2 di sana meminta rehat sebentar. Tak apalah, ini kan Malaysia..dan rakyat Malaysia kan 'agak' manja;(
Tetapi sambil berehat sebentar itu pun akhi ini meneruskan cerita2 beliau.. yg bagi saya semuanya best2 belaka dan jika masa dan tempat tidak membataskan, mahu saja berhari-hari saya mendengar beliau bercerita..

Melewati waktu Zohor, pihak penganjur memberi rehat selama 45 minit untuk kami menunaikan solat Zohor dan berehat-rehat sebentar. Akhi ini merasa pelik lagi..waduh2 terlalu panjang waktu kamu bersolat Zohor ya!..(kuang3)..beliau meminta agar dipendekkan rehat itu kepada hanya setengah jam.

Subhanallah..pengajaran yang terlalu berkesan di hati. Pejuang2 di sana bukannya seperti kita..terlalu manja! Tiada istilah rehat walau sebentar dalam kamus hidup mereka. Inilah pejuang sejati..akan sentiasa berjuang tanpa henti. Kerana rehat bagi daei adalah tanda kelalaiannya..wallahu'alam.

~Semoga saya sentiasa akan merasa malu dengan mereka..malu dengan perjuangan dan 'izzah' Islam mereka..bak kata seorang sahabat, kalau nak bandingkan kita dengan mereka, mungkin seperti pokok taugeh dan pokok kelapa agaknya..Semoga terus menjadi pokok taugeh yang bercambah!~

No comments: