19 October 2006

Negara hadhari? hmm..

Salam'alaik

Lama tak mengupdate rasanya..nak ckp bz, Allah dah pun bg 24-7 kat setiap drpd kita..rasanya kalau digunakan dgn penuh berhikmah pastinya tiada lagi istilah 'busy' dlm hidup kita..huhu [saya harus lebih bermuhasabah nampaknya:(]
Diam tak diam hari ni dah pun masuk 26 Ramadhan 1427H..senyap2 aja Ramadhan dah nak berlalu meninggalkan kita..setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan padaNya kerana masih dan sentiasa memberi peluang pada saya untuk me'recharge' dan meningkatkan iman dan ketakwaan padaNya..sekurang-kurangnya walaupun bermastautin di dlm sebuah negara yg majoriti penduduknya berbangsa omputih, saya dan rakan2 masih boleh menunaikan ibadah puasa, terawikh, etc dengan aman sekali..alhamdulillah;)..tidak seperti sesetengah tempat di negara tercinta sana..di mana ada pihak2 yang cuba untuk menafikan hak Muslims untuk menunaikan ibadah2 tertentu dalam bulan Ramadhan..specifically saya terkejut dengan berita penutupan beberapa surau di kolej2 kediaman di Universiti Putra Malaysia..sedangkan surau2 inilah yg sepatutnya menjadi nadi kehidupan malam pelajar2 kita di bulan yg penuh keberkatan ini...hmm negara Hadhari..bagaimana untuk melahirkan generasi cemerlang dan terbilang sedangkan tiada peruntukan waktu dlm kehidupan pelajar2 kita untuk berhubung heart to heart dgn Rabbnya??...
Alhamdulillah, saya menyedari ada individu2 dan pelajar2 UPM sendiri yang tidak senang dengan masalah ini..dan mereka cuba untuk membawa perkara ini ke pengetahuan umum..at least masih ada lagi pihak2 yg berkesedaran..cuma mungkin karenah birokrasi dan salah guna pangkat pihak berkepentingan telah menghalang usaha murni ini untuk mendapat perhatian yang sepatutnya..pedihnya saya untuk menelan hakikat ini..Islam tertindas di bumi sendiri.....;(
Siapa punya angkarakah ini?..pihak universiti?..perancangan missionarries?..di manakah kredibiliti Naib Cansellornya?..apakah yg telah anda lakukan??..atau adakah kalian juga turut terlibat dalam misi menjauhkan umat Islam dengan kehidupan Islam??..tidak takutkah kalian dengan hari pengadilan?..hari di mana kalian akan diminta tanggungjawaban terhadap pangkat yg sedang kalian sandang..astagfirullahal 'aziim.
Sedikit peringatan buat renungan utk saya terutamanya..
'Dan siapakah yg lebih aniaya daripada org yg menghalang-halangi menyebut nama Allah dalam masjid2Nya, dan berusaha untuk merobohkannya? Mereka itu tidak sepatutnya masuk ke dalamnya (masjid Allah), kecuali dengan rasa takut (kepada Allah). Mereka di dunia mendapat kehinaan dan di akhirat mendapat siksa yang berat' (Baqarah : 114)

No comments: