02 October 2006

Bila jemaah terputus..

Saya sedih yang amat. Kegembiraan dapat beribadah bersama keluarga tercinta di bumi bertuah di bulan yg penuh barakah pun tidak mampu memadam kesedihan saya ini.

Saya melangkah ke masjid berdekatan. Masjid yg mewah kata mama. Kerna setiap hari disediakan juadah berbuka bg sesiapa yg ingin berbuka di masjid. Juga disediakan juadah moreh bg mereka yg menunaikan solat sunat terawih. Setiap hari. Masjid yg mampu menumbangkan lebih 12 ekor lembu bila hari kemenangan menjelma. Masjid yg mempunyai wang simpanan mencecah lima angka.. Alhamdulillah. Rezeki melimpah ruah.

Bukan soal ini yg ingin saya ketengahkan.

Cuma saya terkedu. Sejak hari pertama menjejakkan kaki ke masjid ini lagi. Pada malam 1 Ramadhan 1427 Hijrah. Sudah 50 tahun orang2 negara ini menyambut kemerdekaan.. Dan sudah lebih 5 tahun saya kira masjid ini telah terbina..Namun para jemaahnya masih belum mampu membentuk barisan2 yang betul.. Yang rapat dan lurus. (maaf ini berdasarkan pemerhatian di jemaah bahagian wanita).

Berkali-kali sudah Imam masjid mengingatkan. Rapatkan saf..penuhkan saf di hadapan. Ustaz di sekolah dulu juga pernah mengatakan, ‘Dlm solat berjemaah kalo safnya tak rapat nanti syaitan yg penuhkan..’ Habis tu mcm mana org yg solat di saf belakang ustaz kalo saf di hadapan dah tak berapa betul? ‘ Seboleh-bolehnya betulkan saf2 di hadapan..jika tidak kemungkinan solat kita tu tak sah (kalo kita di saf belakang sedangkan saf hadapan tidak betul)..Astagfirullahal’aziim..

Namun dlm pada mengingatkan pun masih ada jurang2 syaitan yg disediakan.Mungkin ada yg berkata ni Ramadhan syaitan sume kena ikat..ya betull..tp ini menunjukkan kejahilan org2 sebangsa saya..sama ada tahu tapi malas nak bergerak atau memang tidak tahu..sampai membiarkan saf renggang hingga melebihi jarak 2 meter! Sedihnya alangkah!

‘Sesungguhnya Allah menyukai org2 yg berperang di jalanNya dlm barisan yg teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yg tersusun kukuh.’ (61:4)

Bukannya saja2 Allah menyuruh kita berbaris begitu. Berdiri rapat2. Bahu bertemu bahu. Kaki2 yg lurus. Melainkan untuk mengajar kita agar sentiasa teratur dlm melakukan semua perkara . Jika dlm solat pun tidak mampu untuk melakukannya, apatah lagi dlm urusan pekerjaan yg lain.. Jika dlm pertemuan dgnNya pun kita tak berjaya tuk persembahkan yg terbaik, apatah lagi dlm perkara pekerjaan yg lain.. Ini belum dlm perkara2 besar yg lain. Belum masuk soal pemerintahan negara. Belum kira soal pergi berperang. Belum campur strategi untuk mengalahkan musuh. Tetapi kita sudah pun tertewas di medan sendiri. Sudah pun berpecah-belah. Di hadapan Penguasa Rabbul ‘Alamin. Alangkah malunya!

Sedarlah wahai insan2 di sekelilingku. Saf2 yg kita bentuk dlm jemaah akan menentukan bagaimana rupa jemaah itu sendiri. Pastinya kita tidak mahu jemaah kita cacat atau bengkok ataupun lemah. Pastinya kita inginkan yg lurus dan yg kelihatan gah sahaja. Lurus. Rapat. Menggambarkan kesatuan kita. Kekuatan kita. Kerana kita umat yg sentiasa berdiri bersama.

Lantas perkara ini terus mengingatkan saya. Tentang peri pentingnya pembentukan individu yg berpengetahuan dan beramal dgn pengetahuan itu.. Kerana individu yg berpengetahuanlah yg akan bergerak mencorakkan jemaah. Merkalah yg akan terus memacu kuda2 mereka. Laju. Juga menghentak kaki unta2 mereka. Agar dpt membentuk jemaah yg tersusun dan mantap. Bagi menggerakkan umat yg terus terusan terlena. Wallahu’alam.

No comments: